Wechat media baru untuk promosi bisnes online

Tahukah anda?

Sukacita ingin dimaklumkan sebuah ebook baru telah diterbitkan pada bulan ini.

Ebook ini adalah tentang buat duit, buat bisnes serta buat marketing atau pemasaran dan promosi menggunakan wechat.

Ia sebenarnya hasil nukilan seorang pengguna tegar wechat, saudara Azly Yusof setelah bereksperimen untuk promosi bisnes yang beliau sendiri jalankan.

Ketika ramai yang sudah tension dengan kos iklan facebook yang semakin meningkat… kini, ebook teknik wechat hadir dengan teknik pemasaran tanpa kos, “zero cost marketing” orang kata.

Ada macam-macam fungsi di dalam wechat yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk serta bisnes yang dijalankan.

Bagaimana nak buat tu?

Saudara Azly Yusoff telah menulis caranya di dalam ebook yang berjudul Teknik Wechat – Teknik Buat Duit 3-4 Angka Sebulan Di WeChat Secara Sambilan”

 

Ebook Percuma

Berita baik bagi yang berminat dan ingin tahu lanjut, Saudara Azly Yusof berikan anda sebuah ebook percuma tentang “4 Lubuk Buat Duit di Wechat!”

Anda boleh muatturun dan baca ebook tersebut dengan klik link dbawah:

—> EBOOK 4 LUBUK DUIT WECHAT! DOWNLOAD DISINI

Diharap anda mendapat informasi yang menarik di dalam eBook tersebut.

In shaa Allah, apabila anda berjaya daftar untuk download ebook percuma tersebut Saudara Azly Yusof akan kongsikan beberapa kisah menarik berkaitan bisnes Wechat yang beliau sendiri handle dan bantu client beliau.

Tak sabar nak tahu kisah menarik wechat tu? Biar je saya kongsikan kat bawah ni.

 

Kisah 1

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Saudara Azly Yusof, “Ianya pasal seorang pemuda bangladesh yang bernama Amin.”

“Pada bulan May 2017 yang lalu, pagar rumah saya rosak.  Jadi saya jumpa seorang tukang bina pagar namanya Amin. Amin ni sebenarnya warga Bangladesh.”

“Selepas berpuas hati melihat hasil kerja dan sebutharga yang diberikan, maka dia pun menyiapkan pagar rumah saya.”

Pada satu petang, saya terjumpa beliau di Surau. Sje je saya tanya dia, “You ada guna WeChat?“. Ada dah setahun katanya.

Saya tanya lagi “Amin, nak dapat pelanggan guna WeChat?”.

“Boleh ke?” Amin tanya pada saya.
“Belum cuba belum tahu”, saya bagi tahu Amin. Tapi saya yakin boleh dapat.
“Kita cuba buat Amin” jawapan ringkas saya.

Saya sebenarnya mahu membuat kajian sama ada bisnes pagar dan grill ini boleh mendapatkan pelanggan dengan WeChat atau tidak.

Saya tunjukkan cara yang paling mudah untuk Amin praktikan bisnesnya menggunakan WeChat iaitu tukar Nama, Gambar dan Beberapa Setting mengikut Teknik Wechat yang betul.

Selepas 3 hari dia bagitahu saya, mendapat 3 orang PM tanya mintak kerja kosong.

Selepas 3 minggu dia bagi tahu kepada saya mendapat 2 kerja baru buat grill.

Minggu ke 4 dapat lagi satu pagar daripada WeChat yang lokasi pelanggan dalam lingkungan 10km -15km dari bengkel beliau.

Beliau amat gembira mendapat pelanggan percuma daripada WeChat.

Sampai sekarang, saya masih melihat beliau memasang Jerat 30 Minit setiap hari.

Itulah kisah pertemuan saya dengan Amin.

Jika Amin si warga bangladesh pun boleh buat duit dan dapat pelanggan dari wechat….

Tidak mustahil untuk anda turut mendapat pelanggan menggunakan wechat tanpa sebarang kos iklan.

Nak tahu apa yang Saudara Azly Yusof ajarkan kepada Amin secara details?

Setiap langkah tersebut, beliau sudah tuliskan di dalam ebook Teknik Wechat!

 

Kisah 2

Kali ini, ia kisah seorang suri rumah kenalan Saudara Azly Yusof di WeChat bernama Cik Nor.

Cik Nor ni jual macam-macam di WeChat.

Beg tangan… alat mekap… lens.. perfume..baju…jam.. malahan.. kek pun dia ambil tempahan & jual!

Pendek kata, apa sahaja yang orang mahu, dia akan cuba sediakan dan jual.

Bila ditanya berapa INCOME dia boleh dapat setiap bulan dengan jual macam-macam produk di WeChat?

Katanya, lebih kurang dalam RM1500.

Itupun dia hanya buat secara sambilan sahaja dan tidak buat apa-apa promosi sangat.

Cik Nor ini tinggal di Slim River dan mula bisnes sejak 4 tahun lepas menggunakan Wechat untuk cari pelanggan sekitar kawasan Trolak, Besout, Bidor, Tapah, Behrang dan Tanjung Malim.

Powerkan WeChat!

Sebab WeChat ada fungsi, dimana anda boleh buat marketing dan kuasai pasaran sekitar radius 20 km dari tempat tinggal anda.

Cik Nor kata bisnes beliau agak stabil sejak menggunakan WeChat 4 tahun lepas.
Begitulah sedikit cerita kisah pengguna WeChat Cik Nor yang berjaya guna WeChat untuk buat duit.

Jika anda masih belum guna WeChat, cepat-cepatlah guna… kalau tidak, memang RUGI BESAR sebab.. mungkin pesaing-pesaing anda sudah gunakan WeChat dan berada di hadapan anda!

Maklumlah, zaman sekarang ini.. siapa yang lebih pantas dan terkehadapan di dalam menggunakan teknologi untuk bisnes mereka, pasti akan dapat lebih banyak peluang, pelanggan dan jualan.

 

Kisah 3

Kali ini pula ialah kisah Bro Nasir yang menjual “minyak power untuk lelaki” dengan hanya menggunakan WeChat!

Ya! Dia hanya gunakan WeChat sahaja… tiada website!. tiada facebook!, tiada instagram!

Hanya WeChat!

Apa yang menariknya, ramai yang repeat order dengan beliau menerusi WeChat!
Dari situ, beliau mampu menjana RM500 dalam tempoh seminggu.

WeChat ni.. jika kita pandai gunanya ia akan memberikan pulangan yang berbaloi.

Akaun WeChat Bro Nasir ini pun memang lain daripada yang lain, tak sama seperti penjual-penjual lain.

Ada beberapa teknik yang beliau gunakan pada akaun WeChat beliau.

Perkara tersebut ada di tunjukkan di dalam ebook Teknik WeChat!

 

Kisah 4

Kisah selanjutnya ialah pasal Abang Azam yang menjana jualan RM1500 sebulan dari WeChat!

Tapi sebelum tu, ada satu tips untuk anda. Satu tip penting berkaitan GAMBAR di WeChat.

Dalam WeChat, jangan terpedaya dengan profile gambar wanita. Kebanyakkan pemilik akaun WeChat tersebut.. sebenarnya adalah lelaki. Tujuan mereka, adalah untuk tarik prospek lelaki dan pelanggan lelaki.

Kebanyakkan yang buat teknik seperti ini adalah mereka yang menjual produk kesihatan lelaki ataupun geng-geng Along.

Dalam proses buat duit di WeChat , anda perlu jujur dengan meletakkan gambar sendiri yang terbaik pada gambar profile.

Bila prospek melihat gambar pada setiap post, muka yang sama macam dalam gambar profile WeChat. Ini mengesahkan akaun WeChat anda adalah betul dan produk anda adalah benar dan bukan scam. Kepercayaan dan kenyakinan bakal prospek terhadap anda akan wujud di sini.

Dengan itu ia akan memberikan keyakinan dan kepercayaan tinggi kepada bakal prospek dan pelanggan untuk membeli dan menyerahkan wang mereka kepada anda.

Oklah! Berbalik kepada cerita Abg Azam tadi.

Sebelum ini beliau ada jual berbagai produk. Namun kurang mendapat sambutan.Sebulan hanya dapat 1-2 jualan sahaja. Mungkin disebabkan teknik yang digunakan kurang tepat.

Namun begitu, apabila beliau menukar strategi dan produk jualan beliau. Sambutan yang beliau terima amat menggalakkan.

Produk yang beliau jual di WeChat ialah produk kesihatan lelaki bernama Hebak Boh.

Walaupun beliau baru terlibat dengan produk ini, tetapi beliau telah berjaya menjana RM1500 dalam tempoh sebulan dengan menggunakan Teknik WeChat yang betul.

Anda pun boleh buat macam Abg Azam! Hanya perlu gunakan Teknik jualan di Wechat dengan betul sepertimana yang saya bongkarkan dalam “Ebook Teknik WeChat”.

 

Kisah 5

Kisah 5 ialah kisah seorang pengguna WeChat yang baru 3 bulan sahaja guna WeChat untuk buat duit.

Namanya Sis Imie, beliau telah berjaya buat jualan di WeChat sebanyak RM3 ribu. Pergh!! RM3 Ribu tuuu. Yang tak tahan tu.. dia baru je guna WeChat dalam 3 bulan.
Ya!..Sis Imie hanya menjual ubat pemutih gigi sahaja.

Itu sahaja produk yang dia jual di akaun WeChatnya. Siapa sangka hanya dengan ubat pemutih gigi, beliau boleh jana RM3ribu sebulan di WeChat.

TANPA keluar KOS IKLAN dan secara PERCUMA aje.

Sis Imie berjaya buat duit dan jualan di WeChat kerana beliau menggunakan TEKNIK yang betul untuk memasarkan produk beliau.

Hari ini saya nak kongsi kisah seorang pengguna WeChat yang baru 3 bulan sahaja guna WeChat untuk buat duit.

Namanya Sis Imie, beliau telah berjaya buat jualan di WeChat sebanyak RM3 ribu. Pergh!! RM3 Ribu tuuu. Yang tak tahan tu.. dia baru je guna WeChat dalam 3 bulan.
Ya!..Sis Imie hanya menjual ubat pemutih gigi sahaja.

Itu sahaja produk yang dia jual di akaun WeChatnya. Siapa sangka hanya dengan ubat pemutih gigi, beliau boleh jana RM3ribu sebulan di WeChat.

TANPA keluar KOS IKLAN dan secara PERCUMA aje.

Sis Imie berjaya buat duit dan jualan di WeChat kerana beliau menggunakan TEKNIK yang betul untuk memasarkan produk beliau.

 

Kisah 6

Ini kisah Saudara Azly Yusof berkongsi 2 pengalaman beliau sendiri guna Teknik WeChat yang sungguh luar biasa :

Kisah 1 : Dapat Prospek On The Way (OTW) Balik Kampung.

Setiap kali beliau balik kampung Isteri di Johor, Otw balik balik kampung beliau akan pasang salah satu Teknik WeChat di atas Highway.

Mesti lekat disepanjang laluan OTW balik kampung. Isteri tolong pasangkan atau aktifkan apps dan beliau drive.

Dapatlah 15-25 Prospek yang berminat dalam perjalan balik kampung.

Tak Cukup dengan itu, sepanjang beliau berada di kampung, beliau pasangkan lagi Teknik WeChat.

Dapat lagi 10-15 prospek setiap hari sewaktu di kampung. Memang seronok, ketika balik kampung pun dapat prospek. Beliau tak paksa mereka langsung… mereka yang sukarela ADD saya jadi ‘Friends”.

Kisah 2 : Berkursus Di Semarang Indonesia Pun Dapat Prospek.

Pada 13-17 Jun 2016, beliau telah pergi ke Semarang, Indonesia untuk menyertai kursus lanjutan bisnes selama 5 hari.

Wah! Merasa juga beliau jadi Jutawan sekejap bila tukar duit Indonesia. Masa itu satu juta Indonesia bersamaan RM375.

Semasa di Semarang, beliau pasang Teknik WeChat sebelum mula kursus dan waktu rehat.

Tujuannya mahu buat kajian sama ada, ada permintaan atau tidak terhadap produk dan servis di Semarang.

Alangkah terkejutnya beliau, selepas dipasang Teknik WeChat, setiap hari, pasti ada 10-15 prospek yang akan sangkut.

Ramai yang PM bertanya… di mana lokasinya Pak?

Jadi kesimpulannya, Teknik WeChat ini bukan hanya boleh buat duit di Malaysia sahaja. Di mana ada pengguna Wechat, disitu juga ada prospek WeChat.

Cuma anda kena pastikan bahasa dan penulisan anda di WeChat sama dengan pengguna Wechat negara tersebut.

Nampak tak kelebihan dan mudahnya mendapatkan prospek & pelanggan dengan menggunakan Wechat?

Cuma anda kena guna teknik dan strategi yang betul. Dari proses pilih idea sehingga membuka akaun dan siapkan akaun WeChat yang boleh buat duit.

Tetapi tak perlu risau dan pening-pening kepala fikir teknik dan caranya. Sebab.. semua langkah dan teknik bagaimana buat duit di Wechat 3-4 angka secara sambilan, telah pun di bongkarkan dan susun secara langkah demi langkah di dalam ebook “Teknik WeChat”.

Saya sarankan anda boleh dapatkan ebook tersebut hari ini untuk ketahui caranya!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*