Vaksin: mitos atau real

Haritu ada terima notis KKM di mailbox rumah. Bunyinya begini:

Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kes Measles positif @ demam campak di kawasan perumahan anda. Measles merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus measles yang boleh menyebabkan komplikasi seperti radang paru-paru, radang otak serta boleh menyebabkan kematian. Ia disebarkan oleh titisan kecil air liur atau titisan hidung yang terpercik semasa bersin, batuk dan bercakap atau menyentuh permukaan yang tercemar. Antara simptom bagi penyakit measles ini adalah demam, ruam, batuk, selsema dan mata merah.

SEKIRANYA ANAK ANDA MEMPUNYAI SIMPTOM DI ATAS ADALAH DINASIHATKAN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK BERDEKATAN DENGAN SEGERA.

Golongan yang berisiko untuk mendapat measles adalah bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapatkan imunisasi.

ANDA DINASIHATKAN MEMASTIKAN ANAK-ANAK ANDA MENERIMA SUNTIKAN VAKSINASI MEASLES@MMR YANG DISEDIAKAN DI KLINIK KESIHATAN YANG BERDEKATAN.

Sekian, terima kasih.

PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT

Huh?

Serius bunyinya. Demam campak merupakan demam yang semakin pupus namun macamana ia boleh muncul semula di taman perumahan kami?

Mungkin kerana ada yang susceptible dan mudah diserang kerana tak cukup imunisasi pertahanan badan terhadap virus tersebut. Mudah kata dia tak pernah disuntik vaksin MMR measles mumps and rubella.

Kenapa perlu vaksin?

Vaksin tugasnya mencegah. Ia dibuat dari partikel virus yang telah dilemahkan dan disuntik ke dalam badan supaya sel darah putih dapat berkenalan dengan musuh dengan lebih awal sebelum virus aktif sebenar muncul nanti.

Perkenalan awal dengan musuh ini akan membantu badan membina sel darah putih yang spesifik bagi memerangi virus musuh. Sebab itu setiap virus ada vaksinnya yang tersendiri. Cuba bayangkan jika badan tak pernah dikenalkan dengan virus musuh tentu dengan mudah badan akan jatuh sakit dan penyembuhan akan ambil masa lama kerana badan baru nak belajar bina sel darah putih baru yang spesifik.

Jadi imunisasi bukannya satu propaganda atau program rahsia tapi satu langkah pencegahan.

Hukum vaksin juga adalah harus mengikut Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan malah jika disorot sejarah awal vaksin ini ianya telah dipelopori awal dulu-dulu oleh pengamal perubatan di Turki.

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Buat Sale Tapi Tak Tahu Macamana Mahu Ayat Story-mory Pikat Hati Customer?

Mari Saya Tunjukkan Strategi Terbaru Lajukan Sales Guna Ayat Storytelling!

KLIK SINI!