Usaha itu satu pengorbanan

Kita selalu tersalah sangka.

Apabila kita tidak berjaya menghasilkan sesuatu kita kecewa.

Apatah lagi setelah kita berusaha sungguh-sungguh dengan sedaya upaya namun tetap tak berhasil.

Tambah lagi apabila orang dah cop kita dan mengatakan kita telah gagal.

Mindset perlu dibetulkan.

Kerana Allah melihat kepada usaha.

Manakala manusia hanya melihat kepada hasil.

Paling mudah nak faham ialah sangat sukar untuk kita mencapai tahap menjadi orang yang benar-benar bertaqwa.

Beranikah kita mengaku bahawa aku telah mencapai taqwa sebagaimana yang disuruh dalam Al-Quran.

Sukar nak dicapai tapi itulah yang disuruh.

Jadi bagaimana.

Maka jadilah orang yang berusaha secara istiqamah untuk menjadi orang yang bertaqwa.

Usaha kita itu akan diperhati dan diperhitungkan oleh Allah swt.

Menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapai ke tahap itu.

Usaha itu tetap akan diambilkira walaupun kita tak sampai pun mencapai tahap taqwa yang dikehendaki.

Untuk melihat contoh usaha yang lebih jelas dan sempena musim haji 2019 ini cuba kita renungkan bagaimana nasib Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s. sewaktu ditinggalkan di bumi Makkah yang kering kontang tidak berpenghuni.

Nak tahu ke cerita ni.

Mungkin ada yang dah dengar di surau-surau dan masjid.

Bagi yang belum elok juga dikongsikan disini.

Siti Hajar ditinggalkan bersama anaknya Ismail oleh Nabi Ibrahim a.s. di bumi yang gersang, kontang dan tak berpenghuni.

Jika ikut logik boleh la kata ini memang tak masuk akal.

Malah Siti Hajar telah beberapa kali menahan Nabi Ibrahim a.s. dari meninggalkannya menandakan beliau sendiri pun tak percaya suaminya sanggup meninggalkannya begitu sahaja.

Hinggalah akhirnya Siti Hajar semakin faham bahawa Nabi Ibrahim a.s. berbuat begitu semata-mata kerana Allah swt telah menitahkannya begitu.

Nabi Ibrahim a.s. tetap dengan perintah Allah swt lalu meninggalkan kedua beranak tadi walaupun tahu apa yang akan dihadapi oleh mereka apabila ditinggalkan.

Di tanah gersang dan kontang tiada apa yang ada walau setitik air.

Apa yang dibuat oleh kedua beranak tadi.

Siti Hajar berlari ke hulu ke hilir dari Safa dan Marwah beberapa kali.

Apabila ternampak air, dia memecut berlari laju-laju namun apabila sampai rupanya cuma fatamorgana bayangan air tapi tak ada pun air.

Begitulah walau dah tahu tak ada air tapi dia tetap mencari.

Itulah usaha.

Usaha yang dituntut untuk menunjukkan kesungguhan.

Tak ada air.

Tapi dia tetap berulang kali berlari sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah.

Tetap tak ada air.

Namun dengan izin Allah swt air dimunculkan dari tempat lain dimana asbab hentakan kali oleh anaknya Ismail a.s.

Tempat munculnya air itu bukanlah tempat di antara Jarak Safa dan Marwah.

Adakah itu bermaksud kredit pencarian oleh Siti Hajar tidak dikira .

Tidak.

Usaha itu Allah swt tetap kira sebagai ikhtiar.

Nampak kan.

Lihatlah sekarang apabila umat Islam mengerjakan umrah atau Haji mesti lakukan rukun iaitu sai’e atau berulang alik dari Safa dan Marwah sebagai appreciate usaha Siti Hajar mencari air.

Punca mata air itu pada hari ini dipanggil air zam zam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tak Sangka Cikgu Hafis Sanggup Share Video Course Bagaimana Nak Dapatkan Whatsapp Laju-laju Dari Customer. MINAT TAK? Jika Minat, KLIK SINI!