Tips kurus di bulan Ramadan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Ramai yang gagal dan masih tidak tahu tips kurus yang boleh menurunkan berat badan di bulan Ramadan.

Memang salah apabila niat puasa sebab untuk kurus. Niatlah puasa kerana Allah swt tapi apa salahnya ambil manfaat bulan Ramadan ni untuk turunkan berat badan disamping menjalankan ibadah.

Beberapa tips kita kongsikan untuk anda yang ingin kurus :

1. Kira kalori anda

Setiap hari kita perlu catat apa yang kita makan (atau apa yang kita cadang untuk makan).

2. Minum 8 gelas air kosong

Seeloknya, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur kerana cara ini lebih berkesan untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

3. Jangan “skip” sahur

“Skip” sahur boleh mengurangkan pengambilan kalori, tetapi ia adalah amalan yang tidak sihat.

4. Ambil protein mencukupi

Telur putih, daging bakar, ikan stim atau asam pedas, atau ayam kukus pilihan terbaik untuk orang yang berdiet.

5. 2-HOUR RULE

Sekurang-kurangnya, tunggu 1.5 hingga 2 jam untuk perut memproses makanan sebelum tidur.

Baca lanjut di: www.msn.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *