UPKK & PSRA: Senarai sekolah rendah Islam di Putra Mahkota yang berdaftar JAIS

Berikut adalah sekolah rendah Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kawasan Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar Puteri, Bangi Avenue dan Pekan Bangi atau Bangi Lama:

SEKOLAH RENDAH ISLAM (ABIM) AS-SAADAH, NO. 38, JALAN IMPIAN PUTRA 2/3, TAMAN IMPIAN PUTRA, BANGI

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN, BANDAR BUKIT MAHKOTA, NO.7, JALAN BBM 5/1, BANDAR BUKIT MAHKOTA, BANGI

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AZ-ZAHRA, NO. 2-02 & 03, JALAN PUTERI 2A/8, BANDAR PUTERI BANGI

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI TAHFIZ AS-SYAKIRIN (BANDAR SERI PUTRA), NO.7-1, JALAN SERI PUTRA 1/6, BANDAR SERI PUTRA, KAJANG, SELANGOR

SEKOLAH RENDAH ISLAM NUR HIKMAH, NO. 36 & 38, JLN BM 6/6B, SEKSYEN 6, BANDAR BUKIT MAHKOTA, KAJANG

SRI AL-AMIN BANDAR SERI PUTRA, NO 5 & 7, JALAN SERI PUTRA 4/5, BANDAR SERI PUTRA, 43000 KAJANG

SRI AL-HAKEEMI 2, NO. 23A, JALAN SERI PUTERA 1/4, BANDAR SERI PUTRA,BANGI

SRI AL-HIDAYAH (BANDAR SRI PUTRA), NO.27, JLN SP 3/5, BANDAR SERI PUTRA, BANDAR BARU BANGI, KAJANG

SRI AL-HIKMAH BUKIT MAHKOTA, NO 66, JALAN BM 5/29, SEKSYEN 5, BANDAR BUKIT MAHKOTA, KAJANG

SRI AL-MUJAHADAH, 12A, JALAN BM 2/1,SEKSYEN 2, BANDAR BUKIT MAHKOTA 

TAHFIZ AL-IMAN, NO. 19, JALAN BANGI ANEVUE 1/5, TAMAN BANGI AVENUE, KAJANG

SRA PEKAN BANGI, SRA PEKAN BANGI, 43000, KAJANG

Kelebihan sekolah yang berdaftar dengan JAIS adalah sekolah-sekolah di atas ada menawarkan peperiksaan atau Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Peperiksaan Penialaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) secara sah.

Untuk pengetahuan, mana-mana sekolah rendah agama yang tidak berdaftar dengan JAIS tetapi menawarkan peperiksaan tersebut bermakna mereka akan menumpangkan pelejar mereka di sekolah yang berdaftar sewaktu peperiksaan sahaja.

Prosedur ini tidak diiktiraf oleh JAIS. Pelajar hanya boleh menumpang sekiranya dia adalah dari sekolah yang berdaftar dengan jabatan Islam negeri dan kemudian ingin menumpang disekolah lain yang juga berdaftar dengan jabatan Islam kerajaan negeri.

Menumpang ini berlaku apabila contohnya pelajar bertukar daerah atau negeri atas sebab mengikut ibubapa berpindah, berlaku bencana di sekolah asal dan lain-lain yang seumpamanya.

Prosedur menumpang ini tidak dibenarkan sama sekali bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan jabatan Islam kerajaan negeri.

Oleh yang demikian seeloknya pastikan sekolah rendah agama dimana anak belajar agar berdaftar melainkan anak-anak tidak akan mengambil peperiksaan UPKK dan PSRA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Buat Sale Tapi Tak Tahu Macamana Mahu Ayat Story-mory Pikat Hati Customer?

Mari Saya Tunjukkan Strategi Terbaru Lajukan Sales Guna Ayat Storytelling!

KLIK SINI!