Salam Ramadhan 2019 nikmat harus disyukuri sekejap

HARI ini umat Islam mula menunaikan ibadat puasa Ramadhan. Nikmat itu wajib disyukuri kerana kita terpilih untuk berada dalam bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini.

Ingatlah, Ramadhan berserta segala tuntutannya terutama puasa dapat menjadi sebab diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Faktor berkaitan keimanan terhadap perkara yang menjadi rahsia Allah SWT juga tidak dinafikan mempengaruhi tahap istiqamah seseorang hamba melakukan ibadat. Memang manusia tidak diperlihatkan melalui mata kasar tentang pahala. Itu antara ujian yang perlu didepani setiap Muslim.

Mereka tidak nampak pahala namun percayalah ia adalah sesuatu yang benar. Setiap amalan baik yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT pasti akan beroleh ganjaran pahala.

Orang yang menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa akan mendapat pahala seperti mana pahala diterima oleh orang berpuasa tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang berpuasa itu.

“Sesiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Malah, istimewanya ganjaran orang yang berpuasa dalam Ramadhan apabila Allah SWT yang memberi ganjaran kepada hamba-Nya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Semua amal bani Adam (manusia) akan digandakan kebaikan sepuluh kali sampai tujuh ratus kali ganda. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, kecuali puasa, maka ia untuk-Ku dan Aku yang akan memberikan pahalanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, beribadatlah kepada Allah SWT sepanjang Ramadhan tanpa merosot prestasinya. Buatlah amalan bersandarkan ilmu yang benar, usah teruja dengan hari raya selagi belum tiba masanya.

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Baca lanjut di: www.msn.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Buat Sale Tapi Tak Tahu Macamana Mahu Ayat Story-mory Pikat Hati Customer?

Mari Saya Tunjukkan Strategi Terbaru Lajukan Sales Guna Ayat Storytelling!

KLIK SINI!