Rokok seludup murah berpotensi biayai jenayah masa depan

Tahu tak Malaysia ni berada dalam tangga ke- 2 dalam jenayah rokok seludup. Naik takut jugak bila dengar berita macam ni. Dan gempar sekali lagi bila dibuat kajian 33.6% dari rokok yang dijual dalam Malaysia adalah rokok seludup. Apa maksudnya? Rakyat Malaysia membiayai kegiatan jenayah yang di sponsor oleh rokok seludup ini.

Antara sebab kenapa jenayah rokok seludup ini berleluasa ialah kerana:

1. Cukai yang dikenakan terhadap rokok sangat tinggi jadi penyeludup memilih untuk seludup agar ianya dapat dijual dengan harga yang lebih murah. Kerajaan mengenakan cukai yang tinggi atas dasar untuk mengurangkan orang menghisap rokok namun sebaliknya yang terjadi. Penyeludup licik menjual rokok haram dengan harga yang lebih murah menjadikan perokok ada alternatif yang lebih murah dan menjadikan mereka tak jadi berhenti merokok malah lebih banyak merokok sebab harga yang lebih rendah dan menjimatkan.

2. Rokok sangat mudah untuk diseludup dan keuntungan yang boleh diperolehi adalah sangat lumayan. Saiz pek rokok yang kecil memudahkannya untuk diseludup dan tembakau adalah komoditi yang sangat berharga. Jika penyeludup ini ditangkap pun, kompaun yang dikenakan adalah sangat rendah jika nak dibandingkan dengan nilai rokok yang berjaya diseludup.

3. Jenayah seludup rokok ini telah berkembang kepada tahap jenayah yang terancang dan maju dengan teknik penyeludupan yang telah merebak ke serata dunia tambahan dengan keujudan kilang-kilang haram yang sukar dikesan di kawasan-kawasan yang tidak diketahui.

Takutlah juga bila baca pasal kes ni dah parah tahap global. Siapa yang nak tahu lanjut dan ambil berat pasal kes ni banyak lagi fakta yang dikongsikan disini —> Rokok tak sah memang murah tapi mengundang parah

16 comments / Add your comment below

  1. Tak payahlah hisap rokok sebab membazir duit aje .Penghisap rokok pun ada risiko mengidap kanser paru-paru. Lagi bahaya !

  2. Masa belajar dulu pun banyak kes student seludup masuk rokok dari Malaysia ke UK, alkisahnya rokok di UK mahal amat.

  3. Muliani; itulah yang murah tak semestinya elok tapi rokok tak payah beli kut…walaupun murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tak Sangka Cikgu Hafis Sanggup Share Video Course Bagaimana Nak Dapatkan Whatsapp Laju-laju Dari Customer. MINAT TAK? Jika Minat, KLIK SINI!