Rasa stress? Baca dan hadam 2 tips atasi stress dalam jalani kehidupan yang mencabar ini

Stress timbul kerana kita tidak mengikut alunan alam. Alam ini dinamik tetapi kita tetap keras. Tak mahu mengikut. Bayangkan waktu kita meniup belon tak mahu mengembang. Angin yang ditiup tak akan ke mana dan mulut dan dada kita akan terasa sakit.

Belon yang mengembang apabila ditiup menggambarkan situasi yang sentiasa berubah apabila keadaan memerlukan mewujudkan win-win situation. Begitu juga kita.

Tips pertama mengadu kepada Allah bila rasa stress. Mengapa? Allah swt tidak terbatas dari segala segi. Berbanding kita manusia yang segalanya terhad dan limited. Oleh itu apabila terasa stress kita dikehendaki transfer stress tadi kepada Allah swt. Caranya ialah mengadu samada secara direct berbisik-bisik, merintih, menangis denganNya atau melalui ibadahnya seperti solat 2 rakaat dan berdoa. Allah swt tidak membataskan cara kita mengadu padaNya tapi kita dikehendaki agar mengadu.

Tips kedua adalah berdamai dengan takdir atau redha dengan ketentuanNya. Sedarkah kita bahawa kehidupan ini telah diatur dan kita diminta untuk hadapinya dengan hikmah. Jika kita laluinya dengan cara yang baik-baik maka pahala ganjarannya namun jika kita memberontak maka sebaliknya kita akan terima dosa. Sedarlah, dalam kehidupan ini kita sedang diuji. So, please behave.

Sebagai contoh disini yang mana kita hadapinya ialah dengan keluarga kita sendiri samada ibubapa, adik-beradik, pasangan atau anak-anak. Seteruk mana pun mereka pada pandangan kita, kehidupan ini perlulah diteruskan dengan memberi layanan yang termampu kerana ini adalah perintah dari Allah swt. Tanamkan niat dalam hati apa jua yang kita buat ianya kerana Allah swt yang perintahkan kita buat.

Tak kisahlah banyak mana pihak yang menyucuk dan mempersoalkan kebaikan kita terhadap mereka yang teruk layanannya terhadap kita, tetap teguhlah bahawa kita bertindak bukan atas dasar kasihan terhadap manusia tatapi dengan tegas berpegang dengan jelas bahawa ini semua perintah dari Maha Pencipta yang Maha Tahu lebih jauh lebih berkuasa.

Kebaikan yang konsisten melayan kejahatan pasti Allah swt akan bertemukan kita dengan hikmah yang sangat besar. Nabi saw mengamalkan sikap ini dan kita mesti contohi pemimpin kita ini yang sebenar. Sebagai contoh lagi pasangan kita adalah sebab mengapa kita dapat pahala. Betapa buruk pun dia, berkat kesabaran, kita dicurahkan pahala berterusan akibat layanan buruk yang diberikan. Kenapa Allah swt beri kita pasangan yang macam ini?

Semuanya dalam perancangan, Allah swt lebih kenal akan diri kita sendiri. Khuatir jika kita lalai dari ingat akan Allah swt. Biasanya manusia bila dalam keadaan stress akan lebih mengingat Allah swt. Contoh lain, apabila anak-anak bermasalah atau ibubapa yang ada problem yang tersendiri. Semuanya perlu dihadapi dan diselesaikan dengan hikmah. Doa pada Allah swt dulu minta agar Allah swt uruskan sebaiknya dan kemudian buat langkah sepatutnya.

Yang dilarang adalah kita memberontak dimana kita buat perkara yang tak sepatutnya yang boleh dikategorikan melanggar perintah Allah swt. Dari Allah swt kita datang dan kepada Allah swt jua kita kembali. Jalan penyelesaiannya ada telah Allah swt sediakan bagi setiap situasi yang kita hadapi.

Tugas kita adalah mintalah dengan Allah swt dan buat tindakan selaras dengan perintahNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Buat Sale Tapi Tak Tahu Macamana Mahu Ayat Story-mory Pikat Hati Customer?

Mari Saya Tunjukkan Strategi Terbaru Lajukan Sales Guna Ayat Storytelling!

KLIK SINI!