Peluang perniagaan bulan puasa Ramadhan

Sedar atau tidak… kini, hanya tinggal lebih kurang 50 hari sahaja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan! Bulan yang penuh barakah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua umat islam.

Seperti biasa, apabila tibanya bulan ramadhan… mood berbelanja masyarakat akan berubah. Masyarakat lebih banyak berbelanja kepada barang-barang berbentuk makanan dan juga barang-barang yang berkaitan dengan hari raya seperti baju raya, kuih raya dan sebagainya.

Orang kata, bila tiba bulan puasa ni, rezeki orang berniaga akan berganda-ganda! Tetapi.. kena lihat juga, apa yang diniagakan. Kalau niaga aiskrim atau sarapan pagi, sudah pastinya, jualan akan merudum di bulan puasa ini.

Jadi, kena pandai pilih-pilih juga, perniagaan apa yang sesuai untuk dijalankan dibulan puasa nanti?

Ada beberapa panduan perniagaan yang sangat-sangat sesuai untuk dijalankan di bulan ramadhan nanti. Insyallah perniagaan-perniagaan ini selalunya akan mendapat sambutan yang hangat di bulan ramadhan.

Berikut adalah perniagaan tersebut.

 

Bisnes Air Balang

Panduan ini memang ditulis khas untuk mereka yang mahu berniaga air di bazar ramadhan. Ada banyak tips dan strategi sulit ditunjukkan di dalam ebook ini!

Ramai yang dah dapatkan ebook ini dan sudahpun berniaga di bazar ramadhan pada tahun lepas.

Pada tahun ini, panduan ini telah dikemaskini dan ditambah lagi resepi-resepi air yang terlaris di bazar ramadhan. Ada 20 resepi air terlaris yang dikongsikan di dalam ebook ini!

Nak tahu strategi berniaga di bazar ramadhan?

Lawati laman bisnes air balang.

 

Bisnes Bakeri / Kuih Raya

Ini pun salah satu bisnes yang mendapat permintaan yang sangat tinggi apabila menjalang puasa & hari raya, iaitu bisnes kuih raya dari rumah.

Percaya atau tidak, sekarang ini pun para pengusaha kuih raya dah sibuk buat sample untuk diedar kepada orang ramai. Masuk bulan syaaban, pra tempahan akan dibuka. Dan bila masuk je bulan ramadhan, terus tempahan ditutup dan para pengusaha kuih raya, hanya buat kuih yang sudah ditempah sahaja.

Jadi, kalau nak buat projek bisnes kuih raya, kena start sekarang!
Boleh dapatkan ebook ini untuk bermula dengan pantas, lawati laman bisnes bakeri.

Bisnes Borong

Ini pun bisnes hot di bulan puasa! Kasut, baju kanak-kanak, beg tangan, butang baju raya, brooch, bekas kuih dan pelbagai lagi barang untuk sambutan hari raya, boleh diborong dari china dan dijual di pasaran tempatan.

Siapa yang ada ilmu borong ni, memang akan jadi satu kelebihan kepada mereka! Sebabnya, mereka boleh direct terus ambil barang dari supplier di China dengan harga yang lebih murah! Lagi menarik, boleh juga borong sikit-sikit.. 5 unit, 10 unit.. dah boleh dapat harga borong!

Nak dapatkan ilmu borong, boleh lawati laman bisnes borong China.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*