Mula menjual dengan belajar copywriting

Apakah maksud Copywriting?

Copywriting bermaksud apa sahaja hasil cetakan yang ditulis bagi tujuan pemasaran dan jualan atau dengan kata lain, ayat-ayat untuk menjual sesuatu produk atau servis.

Ayat-ayat ini, merupakan jambatan penghubung diantara penjual dan pembeli.

Di mana, pembeli akan membaca iklan-iklan atau promosi-promosi yang dilakukan oleh penjual.

Iklan dan promosi itu adalah copywriting.

Copywriting ini, menjadi penentu produk atau servis yang kita tawarkan kepada pembeli, akan terjual atau sebaliknya.

Untuk mengaut keuntungan yang tinggi, copywriting yang berpengaruh, memberi pulangan yang banyak kepada penjual.

Dengan menggunakan perkataan yang betul dan tepat, banyak jualan yang akan terhasil.

Masalah menulis Copywriting?

Tetapi, apakah yang berlaku, sekiranya copywriting yang digunakan oleh penjual tidak berpengaruh, betul dan tepat?

Kemungkinan yang berlaku, jualan yang terhasil adalah sedikit.

Atau, lebih parah lagi, tiada jualan yang terhasil.

Antara masalah yang sering timbul ketika menulis copywriting adalah:

1)Tidak tahu menulis copywriting kerana tidak mengetahui ilmu copywriting

2)Tidak tahu copywriting yang sesuai untuk satu-satu produk

3)Ketiadaan idea untuk menulis copywriting

4)Tiada ilmu asas untuk menulis copywriting

5)Tiada formula yang boleh digunakan ketika menulis copywriting

Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya.

Begitu juga dengan masalah menulis copywriting.

Penyelesaiannya akan di cover dalam post seterusnya,

Jadi tunggu ya.

Nak tahu jalan penyelesaiannya boleh subscribe blog ni untuk update seterusnya.

Post terbaru akan terus masuk ke emel anda.

Klik sini ketahui formula hasilkan ayat promosi yang POWER!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*