Menghukum bukan caranya

Selalu kita dengar pasal pencuri di pasaraya yang ditangkap kerana mencuri sedikit makanan dan kemudian dihukum denda bayar atau dipenjara.

Ada jugà pencuri kecil-kecilan lain mencuri duit tabung masjid.

Tengok sekali dah tahu mereka terdesak dan perlukan sesuap nasi.

Sepatutnya mereka dibantu bukan dihukum.

Islam mengajar secara dakwah berhemah.

Inilah salah faham Islam.

Salah sikit je terus hukum.

Dakwah Islam dipraktikkan secara 3H adalah yang terbaik oleh Prof Madya Mohd Nor Mamat.

Beliau menerangkan ianya selaras dengan kekuatan iman masing-masing.

Iman yang paling lemah ialah dengan hati (HEARTS ON).

Bila berlaku kemungkaran kita benci kemungkaran itu tapi bukan bencikan orangnya.

Jika ada lebih kekuatan gunakan fikiran kita dengan memberi nasihat kepada pesalah dan memperingatkan kerana mungkin dia terlupa (HEADS ON).

Namun jika kita berkemampuan dari segi emosi dan fizikal HANDS ON adalah yang terbaik.

Apa dan bagaimana dakwah HANDS ON ni?

Contohnya ada orang mencuri makanan di pasaraya apa kita buat ialah bela dia jika tertangkap, bayarkan denda bagi pihak dia kepada pasaraya, siasat latarbelakang keluarganya, jika tiada pekerjaan berikan dia wang dan carikan pekerjaan baginya dan seterusnya buat folo up sehingga dia mampu berdikari.

Itulah yang sepatutnya kerana jika dia mampu adakah berlaku kecurian?

Rasanya tidak kecuali dia memang pencuri. Yang ini memanglah baru nak kena hukum.

Bukannya dapat tangkap terus hukum tanpa hikmah dan hemah nampak sangat daifnya ilmu kita ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tak Sangka Cikgu Hafis Sanggup Share Video Course Bagaimana Nak Dapatkan Whatsapp Laju-laju Dari Customer. MINAT TAK? Jika Minat, KLIK SINI!