Masalah tak tahu menulis copywriting

Sepertimana yang telah dijanjikan sebelum ini, antara masalah yang sering timbul ketika menulis copywriting adalah:

1)Tidak tahu menulis copywriting kerana tidak mengetahui ilmu copywriting

2)Tidak tahu copywriting yang sesuai untuk satu-satu produk

3)Ketiadaan idea untuk menulis copywriting

4)Tiada ilmu asas untuk menulis copywriting

5)Tiada formula yang boleh digunakan ketika menulis copywriting

Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya.

Begitu juga dengan masalah menulis copywriting.

Masalah copywriting ini boleh diatasi dengan menggunakan formula copywriting.

Secara asasnya Formula Copywriting boleh di bentuk mengikut formula 3-5-7.

Baca betul-betul ye.

Artikel ini ditulis kerana ingin membantu ramai usahawan, peniaga dan pemasar Internet menghasilkan copywriting.

Artikel ini terhasil kerana masalah-masalah yang dihadapi seperti di atas.

Artikel ini adalah kaji selidik dan pemerhatian penulis terhadap copywriting yang dihasilkan oleh para pemasar Internet yang berjaya mengaut keuntungan yang tinggi.

Setiap pola atau formula copywriting yang dibuat, adalah sama.

Mereka menggunakan skrip dan formula yang sama.

Mereka berjaya, kerana mereka mengikut orang yang berjaya.

Sekarang, tiba masanya, kita pula mengorak langkah seperti mereka.

Artikel ini ditulis untuk membantu:

1)Memudahkan penjual menghasilkan copywriting

2)Hanya masukkan formula ketika menghasilkan copywriting

3)Guna formula yang berlainan untuk memaksimumkan jualan produk atau servis
Sebagai permulaan, kita bermula dengan #Formula Copywriting 3.

#Formula Copywriting 3

Pertama, apa yang akan kita pelajari adalah formula copywriting 3 lapis.

Formula ini disusun berdasarkan prioriti sistem A.I.D.A.

Yang mana, kita akan tarik pembeli dengan tarikan (attraction).

Formula Copywriting 3:

 

Tajuk Produk

1 Kelebihan Produk

Call-to-Action (CTA)

 

Sebagai contoh, kita menjual pakaian renang Muslimah;

Baju Renang Muslimah

Baju ini membantu wanita, terutamanya Muslimah menutup aurat ketika berenang di kolam atau pantai. Kerana, ianya menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.

Berminat?

Telefon kami, SEKARANG ! : 01X-XXXXXXX

Ini adalah formula asas.

Yang mana, kita akan menggunakan asas ini untuk 2 formula yang lain yang akan diterangkan dalam post yang seterusnya.

Untuk mendapat update akan datang boleh la anda subscribe blog ini.

Ruang subscribe ada di ruangan kanan atas sekali.

Masukkan emel dan tekan subscribe.

Post terbaru akan datang akan di alert melalui inbox emel anda.

Klik sini ketahui formula hasilkan ayat promosi yang POWER!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *