Mantapkan pemasaran untuk bisnes 2017

Tahun 2017 merupakan tahun yang mencabar.

Lihat sahaja tahun 2016 pun peniaga sudah banyak mengeluh.

Begitu juga yang bukan peniaga disebabkan oleh keadaan ekonomi yang kurang kondusif.

Tapi jika kita selalu membaca yang positif disebalik kesulitan itu sentiasa didalamnya terselit peluang.

Apatah dalam bisnes online banyak cerita-cerita yang tersebar ada peniaga yang mendapat faedah dari keadaan ekonomi yang tak menentu.

Sebagai contoh sewaktu ekonomi mewah, seringkali syarikat-syarikat akan membelanjakan wang yang banyak untuk menjalankan operasi rutin.

Disebabkan kewangan yang banyak jadi mereka akan membelanjakan peruntukan dengan sanggup mengambil sebutharga yang tinggi membeli perkhidmatan/produk sebagai memenuhi keperluan syarikat.

Mudah ibaratnya bagai banyak nasi maka banyaklah keraknya.

Jadi apabila status kewangan agak berkurangan, bajet ciput maka sebagai nak meneruskan operasi syarikat mereka masih perlu berbelanja dengan kewangan terhad untuk mencapai objektif yang sama.

Namun pada kali ini mereka perlu cari syarikat-syarikat yang kurang terkenal yang boleh memberikan servis/produk yang sama tetapi mungkin pada harga yang lebih rendah.

Dsinilah peluangnya bagi sesebuah perniagaan untuk mengambil peluang dalam keadaan kesempitan.

Begitu juga dengan peniaga kecil yang lain, pada sewaktu keadaan ekonomi yang meruncing ini jangan lah cuba berputus asa tetapi teruskan usaha pemasaran secara guerilla yang jimat kos, underground secara berterusan.

Hebatkan pemasaran, mantapkan pemasaran, pasti akan ada yang tersangkut nanti.

In shaa Allah!

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa. Bangkitlah dari dalam diri untuk bertindak mencapai impianmu menjadi orang yang memberi manfaat buat ummah!

2 comments / Add your comment below

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *