Let it rip Beyblade burst!

Let it rip! Beyblade itulah mainan yang menjadi trending budak-budak masa kini apalagi tengah cuti sekolah ni.

Mainan Beyblade ni sekali pandang macam kita nampak budak-budak buang masa je bermain-main tetapi jika dipandang dari sudut positif mainan Beyblade ni beri ruang untuk mereka beriadah.

Ingat tak dulu-dulu kita pun ada main gasing tapi kayu lah yang dililit dengan tali kain/benang. Gasing jenis kayu tu kena ada kemahiran sikit training baru boleh main. Dengan kecanggihan teknologi kini mainan gasing dibuat dalam bentuk yang lebih menarik.

Beyblade ni asalnya dari Jepun. Memang Jepun ni sangat kreatif dan hasil ciptaan ni dah popular satu dunia dan memberi ruang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk mencambah minda dan berekreasi dengan cara yang elok dan menyihatkan minda dan fizikal.

Sedangkan orang tua pun boleh join dan menceriakan anak masing-masing jadi boleh dikatakan aktiviti keluarga juga. Aku perasan bila anak-anak menjerit ‘Let it rip!” aku dapat rasakan mereka meluahkan atau melepaskan stress dan tekanan secara tak langsung minda pun boleh dirasakan bebas buat sementara.

Lebih menarik lagi model Beyblade ini didatangkan dengan palbagai nama dan rekabentuk design yang kreatif, berwarna warni, boleh dipasang dan di buka memang mengasyikkan juga sampai ada yang buat koleksi secara tak langsung jadi satu hobi pula.

Cuma aku nak kata tak apa kita belikan Beyblade ni bukan selalu pun apalagi waktu sekolah mereka perlukan aktiviti. Bab homework dan study tu kita perlu buat jadual dan programkan bila nak main dan bila pula nak belajar. Bukan masalah mainan atau leka tetapi buatkan jadual. In shaa Allah semua akan teratur.

Let it rip Beyblade! Ha ha ha …

AliExpress.com Product – All Models Beyblade Burst Toys Arena Bayblade Metal Fusion God Fafnir Spinning Top Bey Blade Blades Toy

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *