Kisah positif QATAR dengan Flying Cows

Cerita menarik ini berkisar tentang bagaimana Qatar menjadikan suatu masalah dan menukarnya menjadi suatu peluang dengan mengambil sikap positif dan profesional.

Tahukah anda beribu ekor lembu susu telah diterbangkan masuk ke Qatar dimana ianya mendapat kandang baru di kawasan gurun.

Anehnya sebelum ini ladang lembu susu tidak pernah wujud di Qatar. Tetapi inilah yang terjadi dimana sebanyak 4000 ekor lembu susu dari serata dunia telah diterbangkan ke dalam Qatar dengan kapalterbang.

Perkara ini telah terjadi bagi menjamin sekuriti makanan iaitu bekalan susu lembu kepada penduduk Qatar.

Ceritanya bermula begini.

Setahun yang lepas Qatar telah diisytiharkan menjalani sekatan ekonomi samada melalui air, udara dan laut oleh negara Arab Saudi, Bahrain, UAE dan Mesir,

Oleh yang demikian susu lembu yang diimport dari Arab Saudi dan UAE perlu di ganti dengan secepat mungkin.

Ladang Baladna kini telah menjadi rumah kepada 10,000 lembu Holstein yang telah diimpot dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Ini bermakna Qatar menghasilkan susu lembunya sendiri tanpa perlu mengimport susu. Ianya adalah susu asli segar 100% dan bukannya dari tepung susu.

Ramai pengguna yang risau tentang bekalan susu yang akan putus hasil dari sekatan ekonomi. Sebelum ini, pasaran susu dikuasai oleh syarikat Arab Saudi dan penduduk Qatar bergantung kepada jenama dari negara tersebut.

Namun, hasil dari kecekapan Qatar mengatasi sekatan ekonomi ialah dengan menjadikan pengeluaran susu sebagai industri tempatan dengan mengimport lembu dari luar dan membina loji penghasilan susu dalam masa sebulan.

Para penduduk Qatar kini tidak lagi risau dengan bekalan susu kerana Qatar boleh hasilkan sendiri susu.

Begitu juga dengan barangan perusahaan lain, Qatar memang cekap dan bangganya kini tidak bergantung lagi kepada bekalan negara luar.

Teruskan positif dan tukarkan masalah menjadi peluang.

Syabas Qatar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *