Kenapa dugaan datang bertimpa timpa? Hikmah disebaliknya buatkan manusia bersyukur

Kenapa dugaan datang bertimpa-timpa bukanlah satu kebetulan.

Mesti ada sebab.

Sebab tu jangan ambil mudah.

Apabila dugaan datang, pertama kali sabar.

Tapi sabar je tak cukup.

Next apa? Muhasabah.

Cuba fikir apa yang aku dah buat?

Cari kesilapan diri kemudian bertaubat.

Tindakan seterusnya?

Buat tindakan pembetulan.

Perbaiki kelakuan.

Jangan ulangi kesilapan.

Teruskan life.

Ingat Allah swt dalam jalani hidup seharian.

Ada peraturan yang perlu dijaga.

In shaa Allah hidup akan tenang dan lancar.

Jadi mengapa dugaan timpa menimpa ibarat peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Dugaan akan berulang apabila korang ulang kesalahan demi kesalahan tanpa ada rasa bersalah.

Dugaan itu sebenarnya menarik korang kepada Allah swt.

Setiap kali terbuat salah, dugaan datang untuk peringatkan kita supaya kembali kepada Allah swt.

Jika korang sedar dan bertaubat tak ulang, dugaan stop situ.

Tapi kalau korang ignore dan teruskan life macam takde apa-apa, memang dugaan akan datang lagi dan lagi untuk beri peringatan dalam bentuk bertimpa-timpa.

Betul kan.

Yang satu belum solve, datang lagi satu dugaan.

Sebab tu hidup ini perlu diuruskan dengan cara ingat Allah swt dalam setiap langkah kehidupan dengan elakkan buat silap dari awal kerana Allah swt.

In shaa Allah hidup akan lebih lancar.

Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *