Kejayaan menuntut pengorbanan

Sesetengah orang menganggap kejayaan itu datang begitu aje.

Sebab itu kita lihat ada yang tidak kisah dan kata, kalau ada tu adalah, kalau tak ada tu nak buat macamana?

Sebenarnya banyak kerugian disitu sebab hidup ini tidaklah otomatik pasif begitu.

Jika kita tidak libatkan Allah dalam hidup seharian kita sudah terlepas peluang dan saham pahala.

Buat tak apa macam menyerah pada takdir tapi tidak sebenarnya. Ibarat merenung siling dan dinding tak buat apa-apa.

Kita cubalah berbuat sesuatu berkorban sesuatu dengan Allah.

Untuk berjaya kena buat sesuatu yang mungkin berat di hati nak buat jadi kena lah berkorban dengan melakukan ibadah khusus jika nak mencapai hajat.

Sebelum mulakan sesuatu perlu ada niat yang baik dan betul. Jika ada lebih satu pilihan buat istikharah.

Libatkan Allah sejak dari mula. Perkara ini berat nak buat sebab tu kena korbankan nafsu.

Usaha tetap perlu berusaha cuma dengan disertakan pengorbanan usaha itu menjadi lebih berkat.

Untuk memperkuatkan usaha itu elok diganda dan ditambah dengan korban hawa nafsu yang lain seperti solat hajat, solat malam, sedekah dan solat sunat.

Akhirnya dengan keberkatan itulah kejayaan di raih terasa manisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Buat Sale Tapi Tak Tahu Macamana Mahu Ayat Story-mory Pikat Hati Customer?

Mari Saya Tunjukkan Strategi Terbaru Lajukan Sales Guna Ayat Storytelling!

KLIK SINI!