Jimat dengan minta diskaun

Caranya.. mudah sahaja!

Setiap kali anda ingin membeli atau membayar sesuatu yang anda beli!

Ringankan mulut untuk bertanya kepada penjual tersebut..

“Ada diskaun tak?”

Hanya tiga patah perkataan sahaja!

Seringkali juga, pihak penjual akan bermurah hati untuk memberikan diskaun.

Jika dapat diskaun! Maka anda sudah dapat berjimat disitu….

Tetapi, jika penjual tidak memberikan apa-apa diskaun…. tidak mengapa…
anda sebenarnya tak rugi apa pun..

Pernah satu ketika, saya dan isteri ingin membeli karpet untuk rumah saya….

Setelah dah pilih corak dan saiz karpet yang disukai…

Saya pun ingin membayar karpet tersebut yang berharga RM150.

Tapi entah macam mana.. tiba-tiba isteri saya mencelah dan bertanya kepada penjual tu..

“Ada diskaun tak?”

Dan dengan pantas, si penjual tu kata…
“Oklah.. saya bagi harga RM110 sahaja”..

Wah! Sudah jimat RM40 dengan hanya bertanya 3 patah perkataan sahaja!

Terus saya bawa isteri saya makan KFC selepas itu.. 🙂

 

He he! Boleh kan?

Saya harap Az boleh amalkan tips mudah ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *