Hikmah sakit hapus dosa

Ini memang ajaib. Sakit hapus dosa. Korang mesti selalu dengar yang sakit ni yang dijatuhkan atas seseorang mungkin bala kerana orang tersebut dulunya masih muda banyak berbuat kesalahan.

Dalam hati kita kata, tu lah balasan dari Allah swt, terimalah.

Tapi adakah korang tahu hikmah disebalik sakit tersebut? Dari pandangan negatif, ya, sakit tu mcam balasan bila dijatuhkan pada pesalahnya.

Namun dari sudut positifnya apa? Ia adalah jaminan dosa-dosa kita pasti diampunkan sebagaimana daun-daun kering berguguran jatuh dari pokoknya.

Jika korang ada kesalahan dan kemudian belum tentu lagi nak solat taubat. Sebab lalai lah tu. Mana ingat. Mesti nak enjoy je kan. Kemudian bagi yang rajin solat taubat pula belum tentu dosa kita diampunkan.

Sebabnya setiap jenis dosa itu ada cara untuk neutralize atau minta Allah swt ampunkan dosa kita. Jika caranya tak sesuai maka dosa itu belum terampun.

Dosa yang berat perlu cara mohon pengampunan yang lebih komprehensif. Dosa yang kecil-kecil mungkin boleh dapat ampun dari Allah swt hanya dengan istighfar je.

Dan yang bestnya bila kita sakit, sudah pastinya dosa-dosa kita yang bersepadan termasuk dalam skop yang akan dipadam. Itulah kelebihan sakit.

Yang jelasnya lagi cuba lihat umat Islam yang ditindas dan yang diserang sekarang. Dari kacamata kita memanglah kita kata mereka ni bernasib malang kerana hidup dengan tidak menentu malah boleh mati dengan tiba-tiba sahaja. Hidup susah makan tak menentu.

Tapi tahukah anda bahawa inilah cara untuk Allah swt masukkan mereka ke dalam syurga. Mereka disusahkan didunia kerana sebagai persediaan bagi orang yang terpilih untuk dijadikan ahli syurga.

Jadi lihatlah sesuatu kejadian dari punca pandangan hati dan tidak hanya dari segi pandangan mata dan luaran sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tak Sangka Cikgu Hafis Sanggup Share Video Course Bagaimana Nak Dapatkan Whatsapp Laju-laju Dari Customer. MINAT TAK? Jika Minat, KLIK SINI!