Eric Leong ikon hiasan dalaman yang sinonim dengan interior design

Siapa tak pernah dengan nama Eric Leong?

Suatu masa beliau menjadi sangat popular kerana rancangan tv deko yang beliau menjadi hosnya.

Ramai orang boleh jadi pereka hiasan dalaman tapi tak semua orang punya personaliti menarik seperti Eric Leong.

Ianya ibarat seorang saintis yang boleh mempersembahkan ciptaan terbarunya tanpa orang awam merasa kekok bahawa ianya adalah sains yang sukar untuk orang faham dan terima.

Begitu juga dengan bidang hiasan dalaman. Rasanya ramai orang yang mengaku adalah pakar dalam bidang hiasan dalaman namun berapa ramaikah yang boleh memberi penerangan dengan cara yang santai dan mudah difahami oleh orang lain.

Sama juga seperti seorang chef yang handal di dapur tetapi kaku bila berhadapan dengan kamera menjadikan ilmu yang ada sukar untuk disampaikan.

Kita tidak mempertikaikan kebolehan masing-masing tapi bagi seorang pakar yang berminat berkongsi tips dengan orang ramai seeloknya mempunyai kemahiran dalam penyampaian.

Bagi pakar hiasan dalaman rasanya setakat ini nama Eric Leong adalah nama yang masih terpahat dalam hati dan ingatan.

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa. Bangkitlah dari dalam diri untuk bertindak mencapai impianmu menjadi orang yang memberi manfaat buat ummah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *