Doa lunas hutang

Hutang sebaiknya jangan dibawa mati. Nabi saw apabila mengetahui jenazah ada berhutang langsung Baginda saw tak mahu solatkan sehinggalah ada orang menjamin mahu lunaskan hutang baginya.

Apabila selesai solat setelah beberapa lama ditanya kembali kepada orang yang berjanji mahu lunaskan hutang jenazah adakah hutangnya dah diselesaikan. Orang itu menjawab dia terlupa.

Setelah sekian lama apabila terjumpa orang tersebut lagi maka ditanya lagi adakah hutang si fulan dah dibayar maka dijawab baik akan diselesaikan segera sekarang. Apabila dah selesai urusan baharulah Nabi saw menyatakan jenazah tadi baru terlepas dari azab hutang didalam kubur.

Sebagai motivasi kepada kita supaya bayar hutang segera dan tak ambil ringan bahawa hatta orang yang syahid tapi berhutang nasibnya masih tergantung sehinggalah orang yang hidup selesaikan hutang baginya.

Serius ya.

Hutang sebolehnya jangan dibawa mati tapi selesaikan sebelumnya atau buatkan pembayaran otomatik agar hutang tetap terbayar sehingga selesai. Jika tak mampu buatkan satu wasiat supaya waris yang tinggal boleh usahakan sesuatu supaya tak tersiksa bila dah masuk ke alam barzakh nanti.

Jadi nak bayar hutang ni perlukan satu motivasi dengan fikirkan masa depan akhirat diri sendiri.

Nabi saw ada ajarkan doa lunas hutang agar hutang dapat diselesaikan. Mudah saje doanya cuma istiqomah dperlukan untuk baca dao setiap waktu selalu jangan lupa.

Katakanlah:

، اللهم اكفني بحلالك عن حرامك، وأغنني بفضلك عمن سواك

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. [Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib]

Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”[Riwayat Abu Daud]

Doa ini kena selalu baca setiap hari tanpa tinggal. Tambahan tips dari sumber-sumber yang aku pernah baca kiranya korang nak jaminan jidup tidak susah cuba buat 3 perkara tiap hari tanpa tinggal.

  1. Solat dhuha 2, 4, 6, 8, 12 rakaat pada waktu 830am hingga 1230pm
  2. Solat witir 3 rakaat sebelum tidur
  3. Puasa 3 hari sebulan dalam hari putih (13, 14, 15 hb kalendar Islam)

In shaa Allah rezeki korang dijamin oleh Allah swt.

Dan jangan culas dalam membayar hutang korang ok supaya boleh bebas dari hutang sebelum mati.

Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Buat Sale Tapi Tak Tahu Macamana Mahu Ayat Story-mory Pikat Hati Customer?

Mari Saya Tunjukkan Strategi Terbaru Lajukan Sales Guna Ayat Storytelling!

KLIK SINI!