Daun kari tambah Kalsium elak Osteoporosis

Daun kari selalunya digunakan dalam masakan kari. Daun kari juga sinonim dengan kaum India di Malaysia dan juga restoran Mamak yang rata-rata dan hari-hari mesti buat masakan kari ni.

Dulu masa kecik-kecik kalau main bola jika ada orang India dalam team memang kaki dia ada tulang keting yang kuat. Jika menggelecek atau dua orang bertembung tu memang yang orang India ni memang relaks je dia sebab tulang dia kuat. Lepas tu kalau perasan gigi diaorang putih bersih. Masa dulu memang la hairan tapi sekarang ni dah faham kenapa. ini adalah disebabkan daun kari kaya dengan kalsium semulajadi.

Jadi tips untuk tambah kalsium bagi yang memerlukan adalah dengan makan kari tiap-tiap hari. Tapi bagaimana yang tak minat makan kari? Memang agak susah la sebenarnya. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan osteoporesis. Apabila umur semakin meningkat, keupayaan badan untuk membentuk dan menguat tulang menjadi semakin kurang. Tambahan pula sewaktu kecil sememangnya kebanyakan orang rajin minum susu namun apabila telah dewasa amalan ini semakin lama makin ditinggalkan. Ini menjadikan badan kita semakin kurang dari kalsium tambahan.

Selain susu, kalsium juga boleh didapati dari ikan bilis. Namun ikan bilis ini ada kesan sampingannya. Ikan bilis dikeringkan bersama garam semasa pembuatan pada awal prosesnya.Ia juga tinggi dengan kandungan protin. Secara mudahnya ikan bilis perlu diambil secukupnya sahaja kerana dengan makan ikan bilis berlebihan dalam jangka masa panjang boleh menyumbang kepada takanan darah tinggi dan mungkin juga gout apabila sesorang itu sudah lanjut usia kelak. Lebih teruk sekiranya ikan bilis digoreng dalam minyak yang banyak sekiranya minyak goreng tidak di biar meresap keluar terlbih dahulu semasa menghidang boleh juga menyebabkan risiko penyakit yang lain.

Berbalik kepada kari tadi, kepada sesiapa yang tak suka akan kari tidak semestinya tidak boleh makan daun kari. Daun kari boleh dibuat ulam juga. Dengan memilih daun kari yang sudah matang kita boleh mendapatkan jumlah kalsium yang dikehendaki. Bagi mengawal pengambilan kalsium setipa hari, dicadangkan seeloknya ambil dala lima helaian daun kari untuk dimakan setiap hari. Semoga tips ini dapat memberi menfaat khasnya bagi individu yang mengalami osteoporesis untuk mula berfikir dan melakukan sesuatu tanpa berlengah lagi. Pokok kari juga mudah ditanam dan senang dijaga. Alternatif lain, boleh beli daun kari di kedia runcit basah atau pasar malam sahaja.

2 comments / Add your comment below

  1. Tak ramai yang suka makan daun kari ni kan kalau dibuat ulam. Tapi daun kari ni memang banyak kandungan kalsium. Dan sedap juga dimasukkan dalam masakan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Buat Sale Tapi Tak Tahu Macamana Mahu Ayat Story-mory Pikat Hati Customer?

Mari Saya Tunjukkan Strategi Terbaru Lajukan Sales Guna Ayat Storytelling!

KLIK SINI!