Cara promosi tadika yang akan mudah menarik perhatian membuka mata ibubapa

Kali ini nak sentuh fasal promosi tadika pula.

Almaklumlah musim cuti sekolah dah nak habis.

Tiba masa pula nak buka sekolah dan tadika.

Anda seorang owner tadika?

Apa yang ibubapa cari pada sebuah tadika? Sudah tentu anda tahu jika tidak tentu anda pun tak akan buka tadika kan.

Cuma saya ada sedikit pengalaman dan feedback yang biasa kita dengar dari ibubapa dan apa harapan mereka apabila menghantar anak-anak ke tadika.

Harapan ibubapa inilah yang anda boleh jadikan point utama untuk menekankan kelebihan tadika anda agar ianya menjadi pilihan utama.

Prinsip utama promosi ialah jadikan masalah pelanggan sebagai senjata utama dalam pemasaran.

Sebagai pemilik bisnes tadika anda bukan hanya menjalankan bisnes semata-mata tetapi membantu menyelesaikan masalah pelanggan dengan memberikan khidmat terbaik, jujur dan ikhlas dalam menyampaikan servis yang tip top gitu.

Jadi apa masalahnya yang dihadapi pelanggan sewaktu menghantar anak-anak ke tadika? Anda juga pasti dah tahu terdapat ibubapa yang menukarkan anak ke tadika lain apabila mendapati anak mereka tidak perform hatta pada tahap yang paling minimum.

Masalah utama – Anak masih tidak boleh membaca walaupun tempoh pengajian di tadika hampir tamat sebagai persediaan untuk masuk darjah satu.

Anda tahu bahawa setiap tahap anak berbeza-beza. Ada tadika yang tidak menitikberatkan perhatian untuk setiap anak. Mana anak yang bagus terus diberi perhatian. Manakala anak yang lemah terus ditinggalkan dan dibiar terkontang-kanting.

Tadika yang baik ialah tadika yang memberi perhatian kepada setiap anak dan memerhati kemajuan secara details serta tahu perangai setiap anak dan bagaimana mengatasi kelemahan mereka sehinggalah anak-anak ini mampu berdikari dan boleh membaca sendiri.

Extra point untuk tadika – jika boleh anak-anak bukan sahaja boleh membaca dalam bahasa melayu tetapi juga boleh membaca dalam bahasa inggeris.

Masalah kedua – Anak-anak masih merangkak-rangkak apabila membaca Iqra dan tidak diajar solat dalam kelas.

Mungkin ada ibubapa yang menghantar anak mengaji dengan ustaz/ustazah pada waktu malam. Tetapi anda sebagai pemilik tadika boleh berfikir bahawa kita sebagai Muslim hidup kita perlu seimbang antara dunia dan akhirat. Secara automatik anda akan rasa ada logiknya perkhidmatan mengaji dan solat ini diberi dalam pakej tadika anda. Saya sendiri sudah lihat tadika bukan Muslim boleh sediakan khidmat begini bagi pelanggan Muslim mereka.

Jika kedua masalah ini anda dapat selesaikan pasti ibubapa adalah orang yang paling gembira sekali untuk menghantar anak mereka ke tadika anda. Malah apabila mereka mendapat baby baru kelak pasti dalam kepala mereka tiada tadika lain yang mereka akan hantar anak mereka melainkan tadika anda.

Extra point kedua – jalankan aktiviti yang boleh membangkitkan keterampilan individu anak-anak contohnya membuat persembahan dan bercakap dihadapan kelas dan kawan-kawan.

Setelah anda pasti kualiti tadika anda boleh dipercayai pelanggan barulah promosi tadika anda akan menjadi lebih mudah. Saya sarankan anda buat pemasaran secara online dengan cara menonjolkan lokasi dimana tadika anda terletak. Medium promosi yang anda boleh gunakan ialah seperti blog, facebook dan youtube. Ini semua medium percuma dan tidak perlu bayaran pun.

Kemudian, ialah anda sudah pun ada koleksi artikel, gambar dan video supaya ianya dapat di upload ke internet. Kemudian anda gabungkan ketiga-tiga maklumat ini dan ketiga-tiga medium ini serta maklumat lokasi tadika anda untuk menghasilkan satu kempen promosi yang praktikal dan mudah bagi orang lain untuk menjumpai tadika anda melalui carian internet.

Contoh video yang powerful – video anak-anak yang boleh membaca, video anak-anak yang boleh mengaji, video anak-anak boleh bersolat, video graduation day, etc.

Video ini tidak perlu canggih sangat asalkan cantik dan kemas dan boleh diambil dengan tab atau handphone sahaja.

Contoh video: Tadika Arif Minda – Graduation Day 2014
Pada 16 Nov 2014, Tadika Arif Minda telah menganjurkan majlis Annual Ihtifal & Graduation Day bertempat di Dewan Sivik Majlis Bandaray Petaling Jaya.

Namun sekiranya anda tak mampu nak buat banyak medium promosi dan lebih selesa nak buat promosi di facebook saya sarankan agar anda mahirkan dengan pemasaran di facebook dan fokus dengan satu medium dulu.

Ini kerana di facebook juga anda boleh masukkan notes, video, gambar dan artikel juga. Cumanya anda perlu tahu ayat marketing yang bagaimana untuk memulakan update status promosi tadika anda.

Klik sini ketahui formula ayat promosi yang POWER!

Cara promosi tadika

Pada 16 Nov 2014, Tadika Arif Minda telah menganjurkan majlis Annual Ihtifal & Graduation Day bertempat di Dewan Sivik Majlis Bandaray Petaling Jaya.

Video ini dihasilkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang telah mendidik Dzul Norbalqish khususnya dan para pelajar di tadika ini amnya. Semoga video ini menjadi memoir terindah untuk semua.

Song: Guruku Tersayang Guruku Tercinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *