Cara nak mempromosikan produk dengan ayat promosi yang betul

Sila beri perhatian ya jika anda adalah seorang pemilik bisnes. Kenapa saya beritahu macam ni? Ini ialah kerana tiada berita gembira selain post ini…

Baca dengan teliti ya kerana saya akan dedahkan cara nak mempromosikan produk dengan betul.

Saya tahu anda mempunyai 3 masalah utama. Biasalah tu kan. Apa dia?

1) Tiada pelanggan

2) Tiada pelanggan

3) Tiada pelanggan

Memang blur kalau langsung takde tindakbalas dari bakal pelanggan terhadap kempen promosi yang kita buat. Sekurang-kurangnya kalau dapat tengok ada like pun ok la juga sebab dari situ kita boleh buat follow up, softselling dan sebagainya.

Nak tau cara dapatkan pelanggan? Nak tau cara senang tingkatkan sales? Nak tingkatkan sales sehingga beberapa kali ganda? Nak tau cara PRO tingkatkan biz anda sehingga bisnes anda jadi AWESOME!!

Tanpa ilmu yang betul, susah untuk realisasikan bisnes kita ke peringkat seterusnya.

Apakah dia rahsianya yang anda akan diberitahu?

Pembinaan asas atau tapak yang kukuh sebelum mula menjual adalah sangat penting. Ramai yang menganggap dengan ada produk, landing page dan promosi sana promosi sini, menaburkan link laman jualan ke merata tempat akan hasilkan jualan luarbiasa.

Selalunya tidak begitu dan perkara ini yang menyebabkan banyak dari kita merasa frust, kecewa bila sales tidak masuk walaupun banyak usaha yang telah dibuat. Ini adalah kerana aspek penjenamaan atau branding tidak diberi penekanan yang serius – tapak tidak kukuh.

Seperkara lagi apabila menjual selalunya style promosi adalah berbentuk spam. Aspek yang banyak ditekankan pula adalah produk – kelebihan produk, harga produk, spesifikasi produk, saiz produk, warna produk dan sebagainya.

Tahukah anda ayat promosi yang baik adalah yang lebih menekankan pelanggan kerana yang nak membeli itu pelanggan – lebih beratkan tentang kelebihan produk untuk pelanggan, apa faedah yang pelanggan dapat dengan produk tersebut, legakan hati pelanggan dengan beri jalan penyelesaian dengan pembelian produk, ambilkira masalah dan kerisauan pelanggan, dengan kata lain letakkan diri kita sebagai penjual dalam diri pelanggan.

Setelah itu barulah fokus sedikit sebanyak tentang produk dan akhirnya cerita sedikit tentang diri anda.

Saya ingin bagi analogi yang seperti ini – anda sedang mengalami demam panas dimana anda tahu ubat yang doktor akan beri ialah panadol dua biji dan lepas tu anda pun tidur. Tapi dalam banyak klinik yang ada di kawasan perumahan anda klinik mana yang anda akan pergi?

Klinik A – doktornya bila berjumpa bertanya anda sakit apa dan kemudian tak sampai 1 minit terus minta anda keluar dan tunggu untuk ambil ubat.

Klinik B – bila anda masuk ke bilik doktor, anda di sapa dengan salam dan beliau dengan senyum bertanya khabar dan menyatakan lama tak berjumpa. Dengan prihatin doktor bertanya apa sakit anda dan anda memberi penjelasan dengan panjang lebar namun doktor tetap prihatin mendengar dan mengangguk-angguk tanda ambil berat. Kemudian doktor menyatakan sakit anda tidak serius dan anda diminta jangan merasa terlalu risau dan yang penting banyakkan rehat bla bla bla.

Ok sekarang saya ulang kembali soalan saya – antara dua klinik di atas mana satu yang anda akan pergi? jawapan anda pun tahu sendiri kan.

Banyak lagi rahsia cara mempromosikan produk yang akan dikongsikan. Ayat promosi yang bagaimana yang mampu memukau pelanggan agar mereka rasa dihargai dan yakin dengan khidmat anda.

Perlu di tekankan disini adalah kita bukanlah hendak menjual semata-mata tetapi memberi khidmat kepada pelanggan sebaik mungkin agar mereka dapat layanan terbaik. Oleh itu anda mesti menggunakan ayat promosi yang betul agar kualiti layanan pelanggan sentiasa terjamin.

Ambil hati pelanggan anda dengan guna ayat promosi jualan yang betul supaya mereka berpuas hati dengan layanan anda.

Harapnya anda dapat tangkap apa maksud yang nak disampaikan atau masih blur dengan apa itu ayat promosi jualan yang betul? Dengan kata lain anda mesti ketahui cara memenangi hati pelanggan dengan strategi jualan yang betul serta lebih disenangi oleh pelanggan.

Itu sudah pasti satu kelebihan buat anda berbanding seller yang lain.

Klik sini ketahui formula bina ayat promosi yang POWER!

Top 3 Web Tips Ayat Promosi Power

Cuba dengar betul-betul top 3 tips for ayat promosi power ini.

16 thoughts on “Cara nak mempromosikan produk dengan ayat promosi yang betul”

  1. Salam Zara, terima kasih atas teguran. buat masa ini saya lebihkan untuk optimize content dahulu kerana sedang target untuk tarik trafik. in shaa Allah jika ada template yang berkenan di hati baru saya akan ubah fikiran πŸ™‚

  2. terima kasih kerana sudi berkogsi ilmu. Semoga dimurahkan rezeki. Nak promosi barang boleh jugak promosi dekat macam website supaya perniaggan kita boleh berkembang lagi, contonya sprt di facebook, intiha.com, blog dn lain2.

    Sekadar berkogsi pendapat.

  3. betul tu. saya sendiri pernah let go barang secondhand di website percuma seperti secondhand.com.my…ehem initha.com tu jijie punya ke? nanti saya pun nak listing produk saya kat situ πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *