Beyblade Burst launcher fix

Bagi yang biasa main beyblade tu mungkin ada yang dah tau dan ada juga yang tak tahu.

Nak main beyblade mesti ada launcher untuk shoot beyblade ke dalam stadium.

Ibaratnya kalau main gasing dulu -dulu kita ada tali gasing untuk baling gasing berpusing atas tanah.

Inovasi gasing moden macam beyblade ni pun guna tali tapi dia ada launcher khas.

Dengan launcher ni orang yang tak tahu main gasing pun boleh pusingkan gasing dengan laju dan lancar.

Cuma masalahnya ialah launcher ini mudah rosak kerana pemain beyblade ni semuanya main kasar.

Bayangkan nak lawan beyblade ni mesti ada kekuatan dan kelajuan supaya beyblade ni boleh keluarkan lawan dari stadium atau hancurkan lawan dengan panggilan “burst”.

Jadi bila memasing main kasar ni ada je la launcher yang rosak. Dan apabila rosak sudah tak boleh pakai. Nak simpan banyak launcher rosak nanti kang jadi semak pulak rumah at last buang je.

AWAS! Korang rugi besar sebab kalau pandai repair boleh pakai balik dah jimat duit tu…huhu,

Tak susah mana nak repair, skru ada beberapa ketul je mudah buka dan mekanisme dalam tu pun taklah susah mana.

KOMIK RAYA YANG TERHANGAT!

Launcher rosak mungkin disebabkan oleh:

  1. Tali dah lari dari track – mudah je, pastikan tali berada dalam landasan yang betul
  2. Gear ada yang dah terkeluar dari base – letak balik gear di tempat asal
  3. Spring penggulung dan tak kenyal atau dah tercabut – yang ini mungkin agak sukar dan perlukan part baru. Ambil je dari part lama-lama launcher yang dah tak pakai.
  4. Lain-lain.

Nak gambaran lebih jelas korang boleh tonton je dibawah ni.

Untuk jadikan launcher lebih ringan dan lancar, boleh je sembur skit minyak WD40 atau minyak Singer.

Moga cubaan orang berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *