Bagaimana nak berjaya dalam hidup yang mencabar hari ini?

Berjaya itu rezeki. Rezeki bukan sahaja wang. Bagaimana nak berjaya?

Saya suka menulis tentang topik ini. Mereka yang bertanyakan tentang bagaimana nak berjaya selalunya sedang melalui jalan buntu dan inginkan jalan keluar.

Sewaktu dulu saya selalu tertanya-tanya perihal berkenaan rezeki. Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiran. Saya kira begitu juga dengan mereka yang bertanya bagaimana nak berjaya.

Dari pemerhatian saya…sepertimana orang berniaga (yang berjaya), kejayaannya kerana dia (dengan izin Allah swt) telah membentuk satu sales funnel yang mengalirkan rezeki ke dalam akaun bank mereka. Apa itu sales funnel?

Anda boleh bayangkan satu kawasan sawah pagi yang mempunyai sistem saliran yang lengkap membawa air yang jauh ke dalam sawah dengan sistem yang berselirat agar padi dapat tumbuh dengan subur – begitulah ibaratnya sales funnel.

Begitu juga dengan kejayaan – ada tertibnya. Anda mungkin menganggap seorang penjual nasi lemak akan memasak pagi-pagi kemudian membuka meja gerai jualan di tepi jalan dan orang akan datang berduyun-duyun membeli. Begitu mudah. Tidak semuanya begitu. Kita boleh lihat ada yang berjaya dan ada yang pulang dengan tangan kosong.

Mengapa?

Untuk berjaya dalam apa jua bidang dan mendapat keberkatan, kelapangan dan kebahagiaan saya percaya kita MESTI mulakan dari Allah swt.

Permulaan itu penting. Kita mula dengan baik maka sepanjang perjalanannya in shaa Allah baik, berkat dan dipermudahkan. Jika mulanya tidak dimulakan dengan Allah swt maka bersedialah untuk diuji dengan hebat dan anda bertuah jika saat diuji ingat pada Allah swt dan mohon pertolonganNya (itu tujuan ujian – agar kembali pada Allah swt).

Jika saat susah pada Allah swt pun tak ingat, anda akan mengalami gangguan jiwa dah hati – tak tenteram dan selalu berdebar, nauzubillah – banyakkan beristighfar.

Ya, saya sendiri dah merasainya. Allah swt tidak perlukan kita tapi kitalah yang PERLUKAN Allah swt.

Tips saya, BAGAIMANA NAK BERJAYA? Ikutlah jalanNya, tertibNya, sistemNya.

Nak berjaya dan jiwa bahagia? Klik sini!

Tadabbur surah Al Mukminuun 1-11 : ciri orang yang berjaya
Ust Muein Tadabbur surah Al Mu´minun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *