Antara takdir, doa, usaha, tawakal dan redha semuanya penting bagi menjamin kesihatan mental dan emosi

Sebagai manusia yang lemah kita memang tidak lepas dari alpa dan lupa tentang apa tujuan kita dicipta dan bagaimana harus kita lalui kehidupan ini dengan cara yang sihat.

Bak kata orang hidup biarla jangan pening kepala. Jika ada masalah jangan fikir banyak dengan memburukkan lagi keadaan tapi uruskanlah dengan elok. Jangan menambah tapi selesaikanlah!

Oleh yang demikian kena faham bagaimana mahu jalani kehidupan mengikut aturanNya.

Allah swt mencipta makhluk dengan menentukan perjalanan hidup sekali Bersama. Takkanlah Allah nak aniaya kita dengan cipta makhluk dan dibiarkannya menentukan nasibnya sendiri. Manusia sudah tentu tidak mampu.

Sebab itulah ada takdir. Orang Islam diwajibkan beriman dengan qada dan qadar iaitu takdir. Sudah ditentukan seperti dinyatakan dalam Al-Quran semuanya sudah ditulis dalam Loh Mahfuz. Hatta gugur daun pun di takdirkan apatah lagi nasib manusia.

Jika takdir dah ditentukan apalagi perlu doa, usaha, tawakal, redha? Tentu korang bertanya kan.

Manusia dicipta tidak melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah swt. Awal-awal lagi dah disuruh beriman dengan takdir begitu juga yang lainnya doa, usaha, tawakal, redah itu semua ibadah. Malah seluruh hidup kita ibadah jika kita niatkannya begitu.

Molek gitu semua pun pahala.

Melainkan jika korang tak setuju dan memberontak maka dosa la pula yang akan diganti. Pahala hilang diganti dosa.

Cantiknya takdir ialah kita sendiri tidak tau apa takdir kita jadi takde alasan untuk kita tidak doa, tidak usaha, tidak tawakal dan tidak redha.

Tak faham?

Bayangkan malam lailatul qadar. Adakah kita tahu bila di antara malam-malam Ramadhan. Tak tau kan. Oleh itu kita terus usaha. Seeloknya usaha tiap malam tanpa terlepas satu malam pun. Jika lulus sudah confirm kita dapat malam lailatul qadar. Keep positif.

Begitu juga dengan takdir. Keep positif. Untungnya siapa positif dia Berjaya dan siapa negative hidupnya merosot dan gagal.

Jelas gitu mengapa Allah swt haramkan tilik nasib. Supaya kita tidak cepat melatah kalau nasib tak baik atau banyak berangan kalau awal-awal dah tahu nak jadi jutawan.

Rezeki Allah swt luas tak bertepi. Teruskan keep positif mana tahu Allah swt pemurah dan memberikan korang rezeki terpijak.

Syaratnya mudah, tingkatkan kebergantungan kepada Allah swt. Ibaratnya korang makan gaji tapi rezeki itu bukan dari bos tapi Allah swt yang bayar. Memang sukar.

Bayangkan korang berniaga. Untung sabut timbul tak tahu harini sales berapa. Semalam sales untung. Esok belum tentu. Siapa boleh jamin? Hanya Allah swt tiada yang selainNya.

Maka bergantunglah pada Allah swt sepenuhnya dengan mula berdoa, usaha dan tawakal,

Takpe kalau tak nak doa, tak nak usaha, tak nak tawakal. Boleh je nak harapkan takdir. Apa nak jadi, jadilah. Que sera sera, what will be, will be. Ibarat kayu hanyut kat sungai dibawa arus tak tahu kemana. Allah swt pun tak zalim macam tu. Kita bukan zombie.

Sangat unik nasib manusia ini Allah swt ciptakan. Ibarat satu system artificial intelligent yang sangat bijak dengan logic controller yang sangat dinamik hidup kita ini dijalankan dengan adanya kombinasi takdir, doa, usaha dan tawakal. Potensinya untuk kita harungi sangatlah luas bagi yang nampak peluang. Bagi yang negative mereka cuma akan merungut dan menangisi nasib yang kononnya belum pasti.

Ingatlah bahawa nasib kita adalah seperti mana yang kita fikirkan. Allah swt dah nyatakan dalam Al-Quran tiada yang ubah nasib kita melainkan diri sendiri. Jadi dah ada hint sini bahawa kita masih berpeluang kejar impian kita dengan syarat ia dibuat ikut saluran. Mohonlah dulu doa pada Allah swt. Usaha pula janganlah menentang Syariah dan kemudian bergantunglah pada Allah swt ibarat nyawa kita yang berada dalam genggamanNya. Allah swt pasti suka dengan hamba yang minta pertolongan dari Nya menandakan kita ini appreciate bahawa kita ini hamba yang dicipta dan mengadu dan minta tolong hanya padaNya dan tidak pada yang lain.

Ingatlah juga manusia tidak akan berjaya dengan usaha sendiri melainkan Allah swt yang telah bantu kita. Malang bagi kita jika percaya bahawa usaha kitalah yang membawa gaji masuk ke bank, usaha kitalah yang yang menbangunkan syarikat gergasi, usaha kitalah yang menghasilkan keuntungan berjuta. Ingatlah semuanya dengan izinNya.

Redha itu timbul kemudian. Jika untung banyak syukur dan redha kerana Allah swt turunkan rezeki namun jika untung sedikit juga syukur dan redha kerana itulah rezeki yang Allah swt tentukan untuk kita hari ini.

Bagusnya mukmin, apa juga yang datang dalam hidupnya semua adalah ibadah – pahala belaka jika kita hadapinya dengan positif.

Lain pula yang marah-marah, kecewa, sakit hati bila rugi yang datang hanyalah bala, bala dan bala yang difikirkannya maka rosaklah hidupnya akibat tidak redha.

Set minda agar sentiasa berfikir secara rasional pasti korang akan sentiasa sihat belaka.

In shaa Allah.

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa. Bangkitlah dari dalam diri untuk bertindak mencapai impianmu menjadi orang yang memberi manfaat buat ummah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *