3 jenis kitar semula yang boleh dibuat di rumah

Kitar semula tak semua orang buat. Konsepnya sangat bagus tapi dari segi implementasinya amat sukar kerana ia memerlukan komitmen. Komitmen yang bagaimana? Ianya perlu dipraktikkan oleh setiap individu barulah boleh dikatakan kitar semula. Diatas kertas konsep ini sangat cantik dan mampan alam sekitar. Hakikatnya ia mesti dipraktikkan oleh setiap orang pada setiap masa. Sampah dihasilkan setiap hari malah dilaporkan bertan-tan sampah dibuang di tempat pelupusan sampah pada setiap hari. Jadi kitar semula juga mestilah seiringan dengan kadar pembuangan sampah juga. Bagaimana untuk motivasi setiap orang untuk jalankan aktiviti kitar semula walaupun untuk sampah yang ada di rumah mereka sendiri? Perkara ini tidak mudah.

Cuba tanya kepada diri masing-masing. Adakah anda mengitar semula sampah anda di rumah? Untuk membantu anda menjawab soalan ini biar kita dingatkan tentang tanggungjawab manusia sebagai khalifah di atas bumi ini. Manusia telah dicipta sebagai makhluk yang paling baik ciptaanNya untuk menjadi pemimpin. Oleh antara tugas kita ialah menjaga alam ini agar kekal dalam keadaan yang baik dan teratur. Kita selalu menganggap solat, puasa, zakat, haji itu ibadah. dan terlupa ibadah yang lain-lain. Menepati waktu adalah ibadah. Menjaga kebersihan adalah ibadah. Bekerja adalah ibadah. Begitu juga memelihara alam sekitar adalah ibadah. Sekiranya anda nampak dan jelas ini akan lebih memotivasikan diri kita untuk mempraktikkan kitar semula.

Mungkin ada meremehkan kitar semula ini tak akan memberikan kesan kerana lebih ramai yang mencemarkan alam sekitar dari orang yang cuba untuk peliharanya. Untuk mematikan hujah ini dan menghilangkan keraguan anda kita kena kembali kepada kisah burung yang cuba menyelamatkan Nabi Ibrahim sewaktu dibakar oleh Raja Namrud dengan api yang besar. Burung ini kecil dan mengangkut air dalam jarak yang jauh dengan menggunakan paruhnya yang kecil. Apabila dipersoal kenapa burung ini sanggup melakukan perkara sedimikian yang tidak masuk akal. Burung ini menjawab dia khuatir diakhirat nanti apabila di tanya oleh Allah swt.

Apakah usahanya yang dibuat sewaktu dia nampak kemungkaran berlaku, sekurang-kurangnya burung ini berkata dia telah berusaha dengan kudrat yang dia mampu adalah lebih baik dari langsung tidak membuat apa-apa. Allah swt Maha Adil dan melihat kepada usaha yang dilakukan. Samada usaha itu berjaya atau tidak ianya adalah satu perkara yang lain. Begitu juga dengan usaha untuk kitar semula ini. Ia sepatutnya dibuat dengan kemampuan dan ilmu yang ada. Dengan itu juga dikongsikan disini 3 jenis kitar semula yang boleh dibuat dirumah masing-masing untuk difikir, rancang dan dibuat. Teknik ini mudah sahaja dan boleh diselidiki dengan lebih mendalam dari Google sahaja.

  1. Kitar semula sisa kertas, plastik, kaca dan logam

Sekarang ini hampir semua kawasan perumahan ada program kitar semula. Sampah dari rumah perlu diasingkan kepada sampah kertas, plastik, kaca dan logam. Ini adalah program kitar semula yang paling minimum yang boleh semua orang buat sebab ia mudah. Cuma perlu asingkan sampah sebelum dibuang dan tidak memerlukan apa rawatan atau proses. Semua sampah setelah diasing, diserah terus ke peti sampah untuk diambil oleh kontraktor. Berbanding dengan kitar semula sisa makanan dan kitar semula sisa kebun yang akan diterangkan dibawah, ianya melibatkan sedikit pengetahuan untuk memproses dan digunakan semula dikawasan rumah. Walaubagaimanapun, ia masih melibatkan proses yang minima sahaja.

2. Kitar semula sisa kebun/laman

Setiap rumah pasti ada sampah kebun/laman seperti rumput yang dipotong, daun pokok bunga/buah yang gugur dan paling banyak jika ada laman belakang yang tak dijaga pasti banyak lalang atau tumbuhan yang menjalar. Banyak orang setelah buat pembersihan, sampah seperti ini akan dikumpul dan dimasukkan ke dalam plastik sampah untuk dikutip oleh lori sampah. Ada juga yang biarkan sampah ini terkumpul di atas tanah dan dibiarkan mereput sendiri. Langkah ini adalah lebih baik dari yang pertama tadi. Ini adalah kerana sampah kebun/laman adalah sampah organik yang boleh mereput dan boleh dikembalikan kepada tanah secara semulajadi sebagai baja organik. Pembuangan sampah organik ke tapak pembuangan sampah adalah langkah yang kurang bijak kerana ianya boleh melalui proses pereputan dengan bantuan organisma secara semulajadi tanpa melalui proses yang rumit. Cuma kumpulkan sampah ini diatas tanah dan biarkan ia mereput. Jika nampak mahu lebih kemas, boleh dibiarkan sampah ini mereput diatas tanah dahulu dan menjadi cebisan kecil kemudian setelah mereput sedikit boleh alihkan sampah (bersama organisma pereputan) tadi ke dalam tong sampah hitam agar ia terus sambung proses mereput menjadi tanah hitam di dalam tong tadi dengan bantuan organisma. Proses ini dipanggil pengkomposan dan hasil yang terjadi seperti tanah hitam dipanggil kompos. Tak susah kan.

3. Kitar semula sisa makanan

Sisa makanan adalah sisa yang agak rumit. Apabila dibiar lama ia akan berbau busuk. Agak sukar untuk membuat kompos dari sisa makanan kerana berbau berbanding sampah kebun/laman yang tidak berbau busuk. Bagi yang ada ilmu dan mahir tak jadi masalah untuk hasilkan kompos tapi ada satu lagi pilihan untuk merawat sendiri sisa makanan ini dirumah. Caranya ialah dengan pemeraman dalam bekas terkedap tanpa udara. Berbanding dengan cara kompos biasa yang mengambil masa yang panjang untuk menguraikan sisa makanan, pemeraman dalam bekas terkedap tanpa udara mampu menguraikan sisa makanan dalam 24-48 jam sahaja. Merujuk kepada istilahnya pemeraman dalam bekas terkedap tanpa udara, sisa makanan perlu diproses peram dalam bekas terkedap. Cara untuk mengelakkan udara berada dalam bekas adalah dengan memenuhkan sisa makanan sehingga tahap maksimum yang boleh dimuatkan ke dalam bekas agar tiada lagi ruang udara yang boleh terkumpul didalamnya. Kemudian bekas tersebut ditutup dengan ketat dan kedap bagi mengelakkan pengaliran keluar masuk.

Walaubagaimanapun teknik ini perlu sediakan starter yang mana mudah nak disediakan. Starter yang dimaksudkan adalah najis lembu yang dicairkan. Jadi tak susah mana kan. Cairkan najis lembu dalam nisbah 1:1 dan peram dalam bekas kedap tanpa udara selama 2-3 minggu. Starter ini disediakan sekali sahaja. Selepas starter ini matang kemudian baru ditambah sisa makanan ke dalam bekas kedap udara tersebut. Sisa makanan tidak kira samada segar atau yang sudah busuk mampu dirawat dengan cara ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*