Wanita Juga Boleh Berbisnes

oleh Muhammad Abu Syauqi Banna

Jumlah Muka Surat: 179

Harga: RM16.00

Wanita sering dihadapkan pada dua sudut ekstrem yang dilihat menjerumuskan mereka pada keadaan yang wajib untuk memilih. Di satu sudut, ia patut berada di rumah untuk mengurus anak-anak, mengelap lantai, mencuci pakaian dan tidak boleh keluar rumah. Akibatnya, hak-hak mereka sebagai hamba Allah ada yang tidak sempurna. Mereka tidak mendapatkan pendidikan yang baik, pergaulan yang semestinya serta potensi diri yang terbatas.

Di sudut lain, kita menyaksikan para wanita berkeliaran bebas tanpa ikatan. Waktu kerja dari pagi hingga malam, membuat mereka tidak pernah mempedulikan anak-anak. Bila gaji mereka jauh lebih besar daripada lelaki, membuat mereka -kadang-kadang ego dan kehilangan rasa hormat terhadap suami.

Islam memberikan begitu banyak petunjuk tentang orbit wanita dalam sistem hidup ini. Menurut tuntunan Rasulullah, Islam sebagai agama yang amat memerhatikan masalah keseimbangan, menegaskan bahawa wanita adalah pendamping lelaki dalam usaha menegakkan kalimat Allah. Jika hendak diumpamakan, wanita dan lelaki laksana dua bintang yang berada pada orbit yang berbeza. Namun keduanya memiliki peranan yang sama dalam menentukan kesEimbangan bagi jagat ini.

Buku ini menukilkan gambaran cara berbisnes seperti yang ditunjukkan wanita solehah sesuai sepanjang zaman.

Selamat membaca!

Klik sini untuk baca Wanita Juga Boleh Berbisnes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *