Ubat demam denggi yang mustajab

Cuma nak ingatkan.

Tiada yang mustajab kecuali dengan izin Allah swt.

Dan sebelum terkena demam denggi lebih baik kita cegah dulu.

Cuba kita peratikan peringkat-peringkat mula denggi sampaikan ke mendapat demam denggi.

Untuk info korang, demam denggi disebabkan oleh virus yang dibawa dan disebarkan oleh nyamuk aedes.

Jadi lebih mudah nak mengawal nyamuk ni daripada nak mengawal virus yang tak nampak.

Ada dua jenis nyamuk aedes, A. aegypti dan A. albopictus tapi yang femes ni ialah A. aegypti yang major pembawa virusnya.

Tahu tak korang juga bahwa A. aegypti terdapat banyak dalam kawasan indoor dalam rumahlah tu manakala A. albopictus diperati banyak kat outdoor di luar rumah.

Jadi jangan terperanjat nyamuk dalam rumah kita ni banyak sebab target dia nak hisap darah tuan rumah.

Nyamuk yang kat luar tu mudah nak bunuh dengan buang semua takungan air secara gotong-royong satu taman. Kemudian KKM boleh buat fogging, selesai masalah at least dalam masa terdekat.

Tapi dalam rumah ni hak persendirian yang ni dikira privasi dan menyebabkan korang fikir 2, 3 kali sebelum benarkan orang asing masuk dan menjadikan tugas KKM nak membuat surveilan menjadi terganggu.

Itu kes nyamuk diluar rumah.

Bagaimana nyamuk dalam rumah pulak?

Ini yang mudah sebab nak kena denggi sebab kita yang ternak nyamuk tu sendiri, tanpa sedar.

Jadi sebab itu saya nak usulkan langkah pencegahan dulu.

Iaitu cegah nyamuk Aedes itu sendiri. Jika berjaya cegah nyamuk maka penyakit pun tiada.

Cara nak cegah nyamuk itu sendiri ialah dengan menghalau nyamuk atau menarik perhatian nyamuk lalu membunuhnya.

Untuk cegah demam denggi ialah dengan melihat kepada pembawa virus penyakitnya iaitu nyamuk yang merupakan dalam kumpulan serangga.

Cara halau nyamuk ialah dengan menggunakan aerosol atau lingkaran nyamuk keluar asap secara kimia. Teknik terbaru yang ada ialah dengan mengecat rumah dengan cat insect repellant.

Cara cegah juga boleh dibuat dengan menyapu badan dengan losyen yang menghalau nyamuk dari menggigit badan kita.

Teknik tarik perhatian nyamuk lalu bunuh nyamuk pula ialah dengan menggunakan perangkap nyamuk. Ada beberapa jenis perangkap yang dijual dipasaran secara komersil hasil dari kajian-kajian terdahulu yang boleh dipasang didalam rumah bagi memerangkap nyamuk Aedes yang bersarang didalam rumah.

Itu cara cegah. Bagaimana pula jika kita dah dijangkiti?

Hasil dari kajian saya melihat di google dan laman sosial, kini sudah ada losyen yang boleh mengubati atau membunuh virus denggi yang dah masuk de dalam badan.

Selain dari minum sup ketam atau makan jus daun betik, kita sudah ada pilihan sapu losyen yang boleh menyerap masuk dengan sapuan dibahagian tertentu dimana bahan aktif herba ini boleh menghapuskan virus denggi dalam badan.

Jadi, kita boleh buat tindakan dimana yang perlu ikut kesesuaian bagi mengelakkan denggi.

Korang boleh saja komen kat bawah sekiranya ada kemusykilan atau perlukan penerangan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *