Tukar perkataan jadi duit

Ini macam sistem tukaran wang ke apa?

Jangan salah sangka dan tajuk kat atas tu dia gimik je ok.

Tukar perkataan jadi duit bermaksud gunakan kemahiran penulisan yang kita sedia ada untuk membuat promosi menarik perhatian pembeli yang memerlukan produk kita seterusnya menjual produk yang akhirnya mendatangkan keuntungan kepada kita.

Kemahiran penulisan tidak boleh dinafikan pentingnya sekiranya kita nak buat promosi di facebook dan blog.

Walaubagaimanapun penulisan sebenarnya boleh digabungkan dengan grafik bagi tujuan promosi kita.

Oleh itu jangan pandang remeh tentang penulisan diri sendiri sebab jika di olah dengan betul sebenarnya kita boleh mengundang rezeki tambahan ke dalam hidup kita.

Mungkin ada yang kata, alaaa rezeki banyak-banyak nak buat apa.

Itu dah tolak rezeki namanya – ingat kembali tangan di atas lebih baik dari tangan dibawah, rezeki nak buat apa jika ditanya kepada saya – cukupkan tabung anak-anak dari kecil supaya dah besar jangan baru fikir nak cari duit sekolah dia.

Rezeki banyak lagi buat apa? – sedekah pada ibubapa, beri pada rumah anak yatim, buat wakaf, pergi umrah naik haji etc etc so jangan bagi alasan rezeki banyak nak buat apa.

Ok, mukmin yang baik adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

Jadikan perkataan sebagai senjata untuk menyampaikan maklumat berguna pada orang lain.

Bila buat bisnes anda sebenarnya menambah baik hidup orang lain. Kita beri perkhidmatan kepada orang yang memerlukan.

Jadi untuk menyampaikan mesej dan info ini pastilah perkataan yang digunakan.

Mesej yang baik dan tersusun memudahkan orang nak faham.

Jadi perlu ketahui ilmu menguasai perkataan bagi menjamin penyampaian info yang berkesan.

Nak tukar perkataan jadi duit? —> Klik sini susun ayat buat orang membeli!

2 thoughts on “Tukar perkataan jadi duit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *