Trafik percuma dari Google hasilkan komisen affiliate blog

Trafik percuma dari Google mampu hasilkan jualan affiliate ebook. Komisen ini telah dihasilkan tanpa perlu menjual pun. Alhamdulillah, inilah rezeki yang telah Allah beri bahagiannya apabila Dia ingin memberi.

Trafik percuma bermaksud tiada kos terlibat dalam pengiklanan dan hanya search injin carian yang digunakan. Oleh itu dalam hal ini satu blog telah saya bangunkan hanya guna domain dan hosting yang percuma sahaja. Namun yang utama dalam mencari kaedah trafik percuma ini yang penting adalah keyword, content  dan blog dibina dengan membuat sedikit research dahulu.

Malah sebenarnya  saya tidak melakukan research. (AMARAN: Jangan tiru aksi ini jika anda tidak mempunyai blog yang sedia ada aktif). Apa yang saya buat hanyalah harvest keyword keyword dah sedia ada yang pengunjung gunakan untuk mencari maklumat tertentu di blog personal saya. Syaratnya ialah anda mestilah ada menulis artikel artikel berguna untuk bacaan umum yang berkaitan dengan niche yang anda minati dan mempunyai produk affiliate untuk dijual.

Keyword keyword dari niche yang sama yang anda harvest dari blog personal ini pula anda boleh kumpulkan dan hasilkan banyak set set keyword dari pelbagai niche. Dari sini anda boleh gunakan keyword tersebut untuk membina niche blog spesifik bagi setiap produk affiliate untuk dipromosikan. Bayangkanlah bahawa keyword keyword ini bukanlah satu suggestion dari mana mana software malah ia merupakan actual keyword yang pengunjung taip untuk search maklumat di internet.

Kombinasi beberapa keyword ini yang dihimpunkan di dalam satu blog mampu meletakkan niche blog itu di mata injin carian pada kedudukan yang tinggi dan berautoriti. Dengan cara inilah anda akan dapat trafik percuma dari google.

Namun jika anda tiada blog, boleh belajar buat blog dengan mudah pada masa yang sama blog anda juga boleh membawa keuntungan buat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *