Trafik Google 2014 untuk bisnes affiliate

Tentu anda tertanya-tanya tentang apa pula muslihat Google di tahun 2014 ini. Google merupakan injin carian yang paling popular jika dibandingkan dengan injin carian yang lain maka tidak hairanlah jika ia dianggap sebagai lubuk bagi mereka yang bergantung kepada bisnes internet. Seperti yang kita tahu baru-baru ini Google telah membuat beberapa update. Apa tujuan update ini?

Bagi mereka yang berlumba-lumba untuk menduduki tempat pertama dalam injin carian sudah tentu pelbagai taktik licik yang telah digunakan untuk tujuan itu dan tujuan Google membuat update logarithm mereka adalah untuk mengelakkan taktik shortcut dan licik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk mencari makan di internet.

Update ini sangat penting kerana logarithm baru akan menentukan bagaimana caranya untuk kita menduduki tempat yang pertama dalam injin carian. Saya ada menerima emel baru-baru ini dari marketer international yang berkongsi tips terbau berkenaan Google. Tips yang diberikan sebenarnya untuk subscriber beliau sahaja tapi saya dedahkan sedikit sahaja untuk tips para pembaca semua.

Tips penting yang ingin saya beritahu ini ialah Google telah balik kepada nilai-nilai asal (back to basic). Secara ringkasnya biar saya senaraikan di bawah:

1. Kandungan artikel yang original dan bukan copy and paste

2. Nama domain yang sama dengan keyword merupakan satu kelebihan

3. Keyword density bukan lagi suatu keutamaan

4. Artikel mesti menarik agar pembaca stay membaca dan berada lama di blog

dan tambahan faktor yang penting yang rasanya anda dah juga tahu ialah;

5. Link ke media sosial menjadi kriteria yang sangat penting

Itu adalah sebahagian perkongsian yang saya dapat. Jadi sekiranya anda menjalankan bisnes affiliate menggunakan artikel atau blog jadi ini adalah antara faktor yang jangan sekali anda abaikan.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Untuk terus mendapatkan tips-tips percuma perniagaan affiliate anda boleh klik link di bawah.

Tips Affiliate ===> KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *