Tips simpanan duit berniaga

Ramai orang ingat bila banyak buat sale maksudnya berjaya lah bisnes tu.

Tapi ramai yang hairan apabila cek balik cash money di hujung bulan duitya tidak nampak.

Duitya hilang entah ke mana.

Kejayaan bisnes itu bukan diukur dari banyaknya jualan tapi berapa banyak duit bersih yang ada dalam akaun.

Masih ramai yang tak mahir berkenaan tips simpanan duit berniaga yang akhirnya sebabkan bisnes asyik perlukan suntikan modal sentiasa.

Tips simpanan duit berniaga ialah dengan menetapkan simpanan harian.

Tentukan berapa peratus nak simpan dari hasil jualan hari-hari.

Setelah ditolak modal dan bayaran pekerja berapa yang nak disimpan.

Simpanan mesti dibuat hari-hari.

Sebab itu perlu semak akaun dan kemas kini akaun setiap hari.

Lihat berapa sales lihat berapa keuntungan dan terus simpan duit yang sepatutnya dan selainnya rolling untuk esoknya.

Begitulah hari-hari setiap hari.

Saya nak cerita pasal McDonald. Satu outlet yang kecil itupun pengurusan kewangannya dibuat dengan tekun.

Perniagaan dibuka pagi dan ditutup setelah hampir ke tengah malam.

Walaupun dah tutup perniagaan contohnya pada hari itu, pekerja masih ada di dalam kedai untuk pencucian bagi persediaan untuk berniaga esok.

Pengurus pula dibantu seorang staf yang telah dilantik untuk close akaun.

Akaun ini mesti tally dengan bahan mentah yang dikeluarkan dari stor untuk dimasak.

Sekiranya terdapat kekurangan wang dalam cash box yang tidak tally dengan bahan mentah (roti, daging, ikan, sayur etc) staf perlu top up duit yang kurang tadi dengan wang sendiri.

Bila dah setel semua baru staf boleh balik rumah itupun dalam pukul 2-3 pagi.

Alasannya ialah jika berlaku perkara ketidakseimbangan akaun tadi maksudnya dia telah cuai bagi memantau duit masuk.

Perkara ini penting sebab hanya bila akaun seimbang barulah kita tahu berapa untung perniagaan kita dan berapa yang nak disimpan.

Jika dibiarkan kejadian duit hilang maksudnya kita membiarkan perniagaan kita untuk ditutup pada masa akan datang.

Apatah lagi sikap bertanggung update akaun ke hujung bulan silap-silap boleh makan diri dan bisnes boleh lingkup dengan cepat.

Keberjayaan sesuatu perniagaan ialah bagaimana dia mengurus kewangan.

Kita banyak dengar bisnes jatuh hanyalah disebabkan masalah pengurusan atau mismanagement.

jadi dah tau sebenanrnya macamana nak pantau agar operasi perniagaan kita berjalan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *