3 tips murah rezeki dalam perniagaan amalan Rasulullah saw

Ayat Murah Rezeki

Baru je dengar tazkirah tadi memang menarik poin-poin ustaz rugi pulak tak share.

Tajuk lain tapi ustaz tergerak nak share jadi aku pun terus tangkap apa tips yang bagi aku memang GOLD!

Tiga tips je memang simple tapi amat bermakna sebab jika banyak sangat pun belum tentu kita boleh buat semua.

Tips ni timbul dari asalnya kisah Rasullullah saw yang berniaga dapat untung besar berkali ganda sewaktu bawa barang dagangan Syaidatina Khadijah r.a.

Macammana boleh untung besar walhal sebelumnya mungkin tak untung sebegini banyak sewaktu barang dagangan tersebut dijual oleh orang lain.

Khadijah r.a. ini macam saudagar besar jadi beliau upah orang untuk menjual barang beliau di pasar-pasar di luar Mekah.

Jadi Khadijah r.a. ada seorang pembantu kalau kita ingat masa kecik dulu ada belajar kan nama dia Maisara tugasnya membantu penjual dan pada yang sama memantau perjalanan perniagaan bagi pihak Khadijah r.a.

Jadi apa ditanya padanya apa kelakuan Rasullullah saw sewaktu urusan jual beli, katanya ada 3 ciri yang begitu ketara pada Rasullullah saw:

  1. Sentiasa senyum
  2. Bertolak ansur
  3. Jujur

Jadi ustaz terangkan sikit waktu tazkirah ni macamana 3 ciri ini boleh bantu lariskan jualan.

  1. Sentiasa senyum

Senyum ni macam imej. Kita senyum menggambarkan keadaan yang ceria dan menarik perhatian orang untuk berurusan. Cuba bayangkan dengan muka masam kita menjual. Ada ke orang tertarik atau nak lari? Jadi senyum ini ciri penting dalam apa jual hal termasuk berniaga dan ianya mudah menarik rezeki.

2. Bertolak ansur

Orang membeli kerana memerlukan sebab itu berniaga ni sebenarnya kita cuba memberi khidmat atau selesaikan masalah orang bukan niaga kerana duit semata. Rasullullah saw tidak rigid dengan harga barang, sekiranya ada pembeli yang sangat memerlukan barang, Baginda saw akan menyerahkan barang dengan harga yang lebih rendah dan keuntungan yang sedikit. Tolak ansur sini ialah dengan beri diskaun.

3. Jujur

Jujur bermakna jujur dengan pembeli dan jujur dengan tuan punya bisnes, Khadijah r.a. Jujur dengan pembeli ialah dengan tidak tipu sukatan, beritahu kualiti sebenar produk dan berterus terang tentang apa jua contoh barang ori ke tak, made in china ke (ini maksudnya). Jika barang murah juallah murah tapi jika barang premium juallah harga mahal, gitu. Tidak tipu barang.

Jujur dengan tuan punya bisnes ialah dengan membuat kira-kira jualan yang betul, tidak ambil advance, tidak sorok keuntungan tersembunyi, declare barang rosak/tak boleh jual, dan sebagainya serta menyerahkan semua keuntungan dan modal kembali pada Khadijah r.a. dan biar Khadijah r.a.yang decide nak beri upah berapa.

Itulah serba sedikit tips dari tazkirah tu tadi. Boleh juga tengok video tips dari ahli perniagaan terkenal Irfan Khairi kat bawah ni. Memang ada tips yang sama.

Memberi mudah urusan orang lain antaranya – maksudnya memberi khidmat terbaik yang mampu kepada orang yang memerlukan.

Ayat Murah Rezeki

In shaa Allah.

Tip Murah Rezeki Dalam Perniagaan

Jom Ketahui Tip Murah Rezeki Dalam Perniagaan.
http://affiliatesecretfornewbie.com/rezeki-melimpah/

Jadi apa ditanya Ustaz padanya apa tip murah rezeki dalam perniagaan, apa Rasullullah saw buat sewaktu urusan jual beli, katanya ada 3 ciri yang begitu ketara pada Rasullullah saw:

Sentiasa senyum
Bertolak ansur
Jujur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *