Tips menulis blog

Semenjak tibanya tahun Hijrah 1440 kali ini terdetik nak memperbaharui tema blog ini dan timbul idea baru untuk kembali balik ke asal tips menulis blog. Setelah pelbagai pengalaman dan cabaran yang dilalui dengan memulakan blog ini serta mencari arah tujuan sebenar lama kelamaan kita akan sedar setiap perkara perlu diperbaharui niat. Sebab dalam perjalanan yang berliku kerap kali kita akan tersasar samada sedar atau separa sedar. Pabila belek-belek punya belek dan baca semula isi blog ini timbul kesedaran niat sebenar blog ditulis adalah untuk berkongsi dan menyebarkan faedah kepada orang yang merasai faedahnya. Halatuju biarlah jelas dan telus. Hanya dengan cara ini blog akan bertahan lama.

Niat blog ini ditulis adalah untuk berkongsi. Datanglah pelbagai topik macam mana pun niatnya ialah berkongsi. Namun ada batasnya. Perkongsian hanya melibatkan perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Tiada gossip. Jika ada mohon betulkan. Tujuan topik ini dibincang ialah newbie blogger kerap keliru apabila mahu memulakan blog. Atas tujuan apa aku nak buat blog? Ini adalah antara dilema setiap yang mahu mulakan blog. Tanpa kesungguhan dan minat blog anda mungkin akan berhabuk atau paling parah expired sewa domain dan akhirnya hilang bersama content yang telah dibina sebelum ini. Oleh itu kesungguhan dan minat yang boleh bertahan untuk meneruskan update blog.

Namun adalah salah untuk mengatakan tulis blog hanyalah kerana minat semata-mata. Minat yang mendalam juga mesti disertakan dengan galakan dan insentif. Tanpa insentif juga minat boleh gulung tikar kerana domain dan hosting perlukan kos untuk dibayar. Malahan sekolah Tahfiz sendiri pun perlukan bajet untuk diuruskan. Jangan harap Tahfiz percuma itu berjalan tanpa belanja. Guru-guru Tahfiz nak hidup dengan makan apa. Kos mengajar itu boleh let go tapi guru Tahfiz perlu makan, anak bini nak kena tanggung. Begitulah ibaratnya. Tiada yang percuma sebenarnya.

Begitu juga dengan blogging. Minat itu percuma tapi nak mengurus blog itu perlukan kos. Oleh itu, blog juga perlu ditulis dengan tujuan perkongsian dan pada masa yang sama boleh menjana sedikit kewangan untuk pengurusan secara pasif atau secara tak langsung. Ini antara sebab orang takut nak buat blog sebab tanpa hasil, blog menjadi liabiliti dan menjadi bebanan atau tanggungan. Tapi jika diurus dengan betul, minat boleh menjana pendapatan untuk menampung minat. Ia sesuatu yang sustainable boleh menampung secara kendiri. Konsep ini telah lama difahami cuma tak semua blogger berjaya nak mencapai level ini. Google sentiasa mengubah algorithm dan ini adalah suatu masalah. Proses recovery dari terjatuh kepada fasa normal mungkin mengambil masa. Oleh itu sentiasa fikirkan cara yang organik dan semulajadi iaitu teruskan menulis artikel tanpa buat apa-apa black hat atau advance white hat.

Tips menulis blog macam biasa dengan satu atau dua keyword dengan menulis sebanyaknya perkataan minimum pun biarlah 500 perkataan. Lagi panjang lagi bagus. Keyword pun cuma ambil dari injin carian Google secara manual je. Kemudian untuk raih sedikit bajet pasanglah iklan Adsense boleh sekadar untuk menampung kos sewa hosting. Tidak boleh angan-angan tinggi dulu. Cuba mana yang boleh dan lihat response Google terhadap blog. Jika suam-suam teruskan menulis blog buat tweak sikit tengok response lagi sampai kita dapat response yang lebih baik. Masa itu bila semua dah ok, tulislah apa sahaja kita boleh jangka boleh sangkut trafik baik punya.

Kesimpulannya tips menulis blog ini perlukan kesabaran. Blog tidak sesuai bagi orang yang mahukan respon segera. Dahulu kan niat berkongsi tadi dan apabila ramai peminat apa jua rezeki yang datang selepas itu akan datang dengan sendirinya. Tak perlu paksa kerana ia akan menyeksa diri.

Biarkan ia datang sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*