Tips menulis artikel blog isu semasa

Salah satu topik sesuai untuk ditulis dalam blog adalah berkaitan isu semasa. Ini adalah kerana isu yang sentiasa berlegar samada di internet atau surat khabar dan dibaca oleh hampir semua golongan kecuali budak sekolah rendah. Tambahan pula banyak isu semasa yang timbul pula boleh memberi kita banyak idea. Walaupun begitu, kita mesti ingat dan tak dilalaikan dengan emosi yang terbawa-bawa oleh rentak dan kepentingan yang bersifat politik. Ianya boleh ditulis semula atau diolah semula dengan menggunakan lenggok dan gaya bahasa masing-masing. Adalah menjadi satu kerugian jika kita hanya salin artikel disuratkhabar dan letak di blog masing-masing. Ada beberapa langkah untuk bagaimana nak menghasilkan artikel yang unik dari artikel asal yang dibaca oleh hampir semua orang.

  1. Baca dan fahamkan artikel. Ingat point-point utama. Faham artikel bermaksud kita boleh menceritakan semula apa yang ditulis oleh artikel tanpa memandangkan artikel yang asal. Langkah inilah yang paling penting bagi nak pastikan artikel yang kita nak tulis adalah lain dari yang asal. Artikel yang tidak cukup unik akan dikesan oleh Google dan akan sebabkan trafik tidak tinggi.
  2. Tulis semula dari apa yang difahami dalam langkah 1. Guna bahasa sendiri sebaiknya bagus jika ada orang yang tolong tuliskan sewaktu kita lakukan penceritaan semula. Sebenarnya sesiapapun boleh buat seorang namun kelancaran idea dalam minda dan otak tu mungkin slow sikit akibat gangguan nak tulis sedikit.
  3. Contoh isu semasa yang agak popular dan mudah kita nak tulisnya adalah seperti “Kereta nasional ke-3”, “Hutang 1 trillion”, “Aliran tunai Felda hampir zero”, “Pelaburan atau peleburan?” dan macam-macam lagilah.
  4. Yang paling utama elak isu sensitif dan elak ulas secara emosi dan mempolitikkan isu. Ulasan mestilah seimbang, rasional, informatif dan ada pro & kontra.
  5. Isu semasa mestilah yang baru sahaja sebab bila artikel nak ditulis sewaktu itu isu masih hot dan ramai pembaca.
  6. Beri peluang pembaca untuk komen atau beri pendapat kerana tidak mustahil dalam komen pambaca ada solusinya dan boleh menambah kepada poin-poin baru dalam artikel baru kita juga.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*