Tips jimat bil api dan bil air

Baiklah! Sekarang… anda cuba check semua plug di rumah anda.

Ada tak sebarang peralatan elektrik yang tidak digunakan tetapi plugnya masih tersambung pada soket di dinding?

Jika ada.. cepat-cepat cabut plug tersebut dari soket di dinding.
Plug yang selalu tersambung ini biasanya adalah plug komputer, plug lampu, plug microwave, plug periuk/cerek elektrik.. dimana, kita tak gunakan peralatan tersebut, tetapi plugnya tetap bersambung di socket. Alasannya.. senang nanti bila nak guna.. hanya tekan suis sahaja!

No! No! No!… kalau alat tersebut tidak digunakan… jangan biarkan plug alat tersebut terus bersambung. Cabut cepat-cepat selepas guna!

Ini kerana, plug yang bersambung pada socket, walaupun suisnya sudah ditutup! Ia sebenarnya masih tetap mengalirkan arus elektrik dan menyebabkan pembaziran elektrik berlaku.

Ini bukan “auta” ya… tetapi “fakta”.

Malah, ianya turut diakui oleh pihak TNB.
Saya sendiri telah mengamalkan tips ini dimana, saya telah cabut semua plug yang tidak digunakan.

Hasilnya, penjimatan hampir 30% untuk bil elektrik saya pada bulan yang berikutnya.
Dulu setiap bulan bil saya sekitar RM100, tapi bila saya cabut semua plug, bil elektrik saya yang baru, hanya sekitar RM70 sahaja.

Jimat banyak tu!

Tips ini telah dilakukan juga oleh kakak saya yang mana, bil elektrik rumah beliau selalunya adalah sekitar RM300 (sebab ada aircond). Bila dia amalkan tips ini (cabut plug), bil elektrik dia menurun kepada RM200 lebih sahaja sebulan. Hampir RM100 juga dia dapat jimat!

Saya kira, ini adalah tips yang sangat POWER, hanya perlu cabut plug sahaja!
Terus dapat jimat bil elektrik! Tak perlu dah nak beli alat jimat elektik segala bagai!
Saya harap anda dapat lakukan tips ini sekarang juga!.. šŸ™‚

Yang kedua… Kecilkan!

Ini adalah tips untuk jimat bil air!
Caranya, mudah sahaja!
Anda masuk ke dalam semua bilik air rumah anda… dan sekarang, pusingkan pili utama (pili yang kawal/sekat air ke kepala paip). Kecilkan sedikit bukaan ia (jangan buka sampai habis).

Sebabnya..?

Sebab, selalunya, apabila kita buka pili air.. kita akan buka pili air tersebut sampai habis.. jadi, air yang keluar sangat deras dan banyak. Terutama sekali jika kita ada anak-anak kecil yang suka buka pili air besar-besar sewaktu mandi dan dibiarkan terbuka walaupun ketika dia sedang sabun atau gosok gigi.

Jadi, dengan cara mengecilkan bukaan pada pili utama, maka, ia dapat perlahankan & kurangkan jumlah air yang keluar di kepala paip (walaupun dah pusing sampai habis).

Dengan melakukan tips ini, insyallah anda akan dapat lihat pengurangkan antara 10-20% pada bil air anda di bulan hadapan!

Cubalah ya!

Saya harap tips ini dapat membantu anda mengurangkan 2 bil utama di rumah anda!
Jika anda rasa ia bermanfaat, boleh juga forward dan sharekan email ini kepara adik-beradik atau rakan-rakan anda yang lain.. šŸ™‚

Oklah! Itu sahaja untuk tips kali ini!
In shaa Allah kita jumpa lagi di Tips Jimat yang seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *