Tips buat bayaran balik PTPTN sampai habis jadi zero “o.o”

PTPTN adalah pinjaman. Pinjaman adalah hutang. Hutang perlu dibayar. Wang yang dibayar kepada PTPTN akan di rolling kembali untuk membiayai pelajar lain yang ingin menggunakan wang tersebut untuk belajar.

Begitulah adanya.

Sekiranya kita tak cukup kuat nak membayar hutang PTPTN, ingatlah wang itu akan berguna untuk membantu orang lain untuk menyambung pelajaran.

Itulah poin pertama artikel ini.

Bagi memberi sebab mengapa kita perlu bayar balik PTPTN adalah kerana niat kita untuk membantu orang lain. Cuba ingat sewaktu kita tak ada wang nak belajar. Kita sangat mengharapkan akan ada orang akan membantu. Tapi setelah kita dah guna wang tersebut alih-alih kita kata takkanlah orang lain takde duit dan macam la kita sorang sahaja yang sudah dan perlu dibantu.

Orang lain?

Wang yang akan dibayar takkan sebabkan kita rugi pun. Malah akan jadikan gaji kita lebih berkat kerana membayar hutang untuk bantu orang lain belajar pula. Wang boleh dicari. Rezeki Allah swt itu Maha Luas. Jika niat kita nak membayar hutang, pasti kita akan dibantu untuk buat pendapatan yang berkat.

Jika lari dari hutang apa yang akan kita dapat?

Tidak lain keresahan hati yang mendalam dan rasa bersalah yang tak putus-putus. Jangan sekali berasa tamak dengan rezeki yang kita terima. Ada bahagian orang lain didalamnya. Hutang mesti dilunaskan. Zakat perlu di serah pada pejabat zakat negeri. Carilah rezeki Allah swt tak pernah halang kita tambah pendapatan.

Namun bagi yang kurang arif dengan pengurusan kewangan untuk membayar hutang, mestilah belajar sikit bagaimana nak agih gaji untuk bayar hutang pada masa sama hidup boleh diteruskan macam biasa.

Bagi yang belum kerja, inilah masanya pasang niat murni dan doa, ” Ya Allah!, kurniakan aku pekerjaan agar aku dapat membayar hutang dan memberi manfaat kepada ummah! Amin. “

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi diri kepada para pengunjung supaya dapat merasa erti hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa. Bangkitlah dari dalam diri untuk bertindak mencapai impianmu menjadi orang yang memberi manfaat buat ummah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *