Tips beli henpon kat Lowyat

Saya terpanggil untuk share  tips beli handphone dari seorang penjual handphone. Henpon ni dah macam satu keperluan semua orang pakai takde yang tak pakai tapi ramai yang tak tahu atau ambil jalan mudah bila nak membeli. Main redah je.

Skrol punya skrol newsfeed fb dapatla idea nak share tips ni bagi mengelakkan anda tertipu dan ditipu. Sebenarnya tipsnya sama je jika nak beli apa barang pun tapi yang ini nampak agak spesifik untuk beli henpon. Ada dua orang yang saya perasan share tips ini. Sebenarnya ramai lagi yang share nanti kalau ada saya share lagi:

Tips dari abam Yudi Kurniawan Budi

1. Sebelum pergi survey, buatlah Google search sikit tentang macam mana nak tahu beza AP, Ori dengan Clone set. Tak lama pun nak Google,tak sampai 5 minit pun. Boleh selamatkan dari sakit kepala lepas beli nanti.

2.Pergi hari yang tak ramai orang. Jadi boleh lah nak belek phone puas puas ke nak minta software lebih ke. Kalau pergi weekends, nanti si penjual busy so kurang sikit layanan mesra kitorang dekat customer ni. Nak minta apa pun susah sikit.

3. Sekali lagi, kalau pergi weekdays, si penjual tak busy dan kemungkinan tak banyak sale. Jadi kami cenderung untuk turunkan harga / bagi diskaun melampau / bagi free gift lebih asalkan dapat sale. Kalau pada hari banyak sale, kami cenderung untuk tak layan customer yang minta macam macam tapi nak harga murah.

4. Check imei (serial number untuk phone) dengan mendail *#06#. Pastikan nombor yang dipaparkan sama dengan nombor imei dekat kotak. Phone AP/Clone selalunya tak sama nombor imeinya dikotak dengan di handphone. Tapi ada juga phone AP yg sama imeinya dengan di kotak. Jadi hati hati!

5. Buka belakang battery handphone, tengok tulisan. Kebanyakkan model phone original akan tulis dalam Bahasa Inggeris tapi phone AP/Clone pulak akan ada tulisan Cina di belakang phone. (Paling ketara model Lenovo, boleh check belakang Lenovo korang kalau tak percaya)

6.Survey harga online dulu sebelum survey dekat kedai. Masuk lah lelong.com.my ke, mudah.my ke. Taip model phone yang korang cari, lepas tu tengok harganya. Beza online dengan kedai luar tak patut beza lebih dari rm50 selalunya. So kalau harga dekat kedai lagi murah dari harga online, boleh ragu ragu sikit la kot.

7. Beli aksesori dekat kedai lain. Saya ulangi. Beli aksesori dekat kedai lain. Kedai phone akan jual aksesori macam memory card, cover phone dan tempered glass dengan harga yang tak masuk akal. Contohnya ada kedai yang jual memory card 8GB dengan harga Rm50. Dekat kedai komputer Rm50 boleh dapat 32GB. Sama jugak dengan cover, dekat luar rm5-15 tapi diorang akan charge rm30-50 kalau beli bundle sekali.

Tips dari abam Sham Hardy

My “personal” tips to go Low Yat

1. Pakai earphone (don’t ask, just follow, you will understand)

2. Jangan pergi berhenti mana-mana kedai kalau dipanggil

3. Don’t go to second floor. I called it RED ZONE (banyak kes orang kene tipu kat situ. go to original dealer kat ground floor)

4. For PCs, laptops, go to 3rd floor. I REALLY recommend All IT, Jayacom, Viewnet (4th floor, walaupun salesperson dia sombong, tapi at least ko boleh ada banyak masa nak berfikir), Thunder Match (5th floor)

5. Nak beli anything, cakap terus bajet kau berapa. Takyah nak cakap macam itulah, macam inilah. Nanti pandai-pandai la dia recommend kan kat kau

6. Never ever believe anything yang salesperson cakap. They’re not expert. They just want to sell. Ingat tu!

7. Low Yat was NOT a place to buy cheap gadgets. itu adalah myth semata-mata. all prices are NORMAL, and ada juga yang expensive. it depends. tapi sekurangnya kau senang nak cari barang yang kau betul-betul nak beli.

If you guys have any question, you can message me. I can help. InB4, i’m agent Samsung and Ambi Pur.

So, banyak tips dah dikongsikan tapi kalau masih ragu-ragu dan tak konfiden nak beli kat Lowyat, kita ada banyak pilihan sebenarnya. Berikut adalah senarai kedai-kedai henpon terpilih dan boleh dipercayai:

1. Kedai Ustaz

2. Gadgets  World 666

3. Umorie

4. Oscha

5. Digital Mall Seksyen 13/14 PJ

6. DirectD

Cuba Google atau FB search. Mesti ada. In shaa Allah.

Nak buat duit dengan henpon? Boleh cover top up bulan-bulan.

Klik sini —> Buat duit sampingan dengan henpon

Dun worry. Tak menyesal punya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *