Tip Membuka Bisnes Pertama

Apakah anda baru hendak mula belajar berniaga? Bisnes pertama kita adalah projek kita belajar berniaga dalam alam realiti. Kita membuka perniagaan dalam keadaan kita masih bodoh dalam hal-ehwal logik-bisnes.

Jangan terjun ke dalam dunia bisnes dengan membuka bisnes yang mempunyai ciri-ciri di bawah ini:

  1. Bisnes itu modalnya besar – Jika kita mempunyai wang simpanan, jangan sampai kita terpaksa mengunakan semua wang simpanan kita. Sebagai contoh, kita bersara lalu kita gunakan semua wang KWSP bagi membuka bisnes.

  1. Meminjam duit bank -Jangan sampai kita terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank. Ingat 93% semua bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka. Nanti bisnes kita gulung tikar, hutang bank tidak dapat dibayar, hartanah yang dicagarkan itu dilelong oleh bank.
  2. Meminjam duit keluarga -Jangan memimjam duit modal dari adik-beradik, ipar-duai, sepupu-sepapat, dan saudara-mara. Nanti sudahlah bisnes lingkup, bergaduh pula dengan adik beradik dan ipar-duai.
  3. Menyewa kedai – Jangan menyewa kedai sebagai bisnes pertama. Orang yang baru pertama kali membuka bisnes belum pandai menjual banyak. Hasil jualan tidak cukup bagi menanggung kos operasi bisnes. Gagal membayar sewa kedai adalah salah satu punca utama bisnes kita terpaksa ditutup.
  4. Tidak memiliki skill utama  – Jangan buat bisnes yang skill utamanya tidak ada pada kita. Sebagai contoh, jangan membuka kedai makan kalau kita tidak pandai masak. Nanti tukang masak lari, kita terpaksa tutup kedai.Membuka bisnes francais.
  5. Yuran francais sangat tinggi. Bisnes francais memaksa kita membuat pinjaman bank dan menggadaikan hartanah.
  6. Bisnes pengeluaran – Jangan membuka kilang. Kos membuka kilang sangat tinggi. Kos sewa kedai, renovasi, membeli mesin-mesin pengeluaran adalah tinggi. Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.
  7. Membuat produk terkilang – Kos membuat produk terkilang secara OEM adalah sangat mahal. Ada kuantiti MOQ yang terpaksa dipatuhi. Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.

Bisnes yang bagus sebagai bisnes pertama:

  1. Modal yang diperlukan bagi memulakan bisnes itu adalah kecil. Maksimum RM2k. Jangan lebih. Kalau bisnes itu lingkup, tangan kita tidak terbakar. Kita dapat bangun semula dengan mudah.
  2. Kita mempunyai skill yang diperlukan.
  3. Dapat dibuat dari rumah dahulu, sebelum kita pindah ke kedai.
  4. Bisnes itu dapat kita jalankan sendiri dahulu. Kemudian, apabila bisnes sudah berkembang, baru kita mengambil pembantu.

Diatas adalah nota daripada mentor Puan Ainon Mohd, Pengerusi syarikat penerbitan PTS dan juga ABS.

Berminat nak mulakan bisnes? —> klik sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *