Tindakan tatatertib penjawat awam gagal bayar hutang PTPTN

Ini memang kes naya lah. Orang nak bayar pun dah cukup baik tapi kalau korang takde langsung keinginan nak bayar memang jadi kes parah la jugak. Bukan apa tak pasal-pasal kena tindakan tatatertib. Ini baru cadangan je harap tak menjadi. Cuma semua penjawat awam kena ingat duit yang dibayar balik akan digunakan oleh generasi akan datang. Itu point penting bagi menjamin survival generasi Malaysia pada masa akan datang. Tapi satu je korang perasan tak. Bila kita setel hutang, lepas tu hati kita akan menjadi lebih tenang. Betul tak?

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Beliau berkata, tiada alasan bagi penjawat awam untuk tidak membayar balik pinjaman kerana mereka mempunyai pendapatan tetap. “Bagi saya peminjam yang tidak membayar balik telah mengkhianati perjanjian dan menafikan hak pelajar lain untuk mendapatkan pinjaman yang sama kerana kita sedia maklum jumlah pinjaman PTPTN kini telah dikurangkan kerana ramai yang tidak membayar balik,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam perlu pertimbangkan tindakan tatatertib dikenakan kerana penjawat awam harus mendukung dasar kerajaan dan bukan mengkhianati perjanjian itu. Beliau demikian selepas menyertai larian amal “Reach Out Run: Run for a Cause” ketika diminta mengulas laporan BH hari ini bahawa lebih 33,000 penjawat awam masih gagal membayar pinjaman PTPTN. Khairy berkata, beliau faham sekiranya atas beberapa masalah seperti menghidap penyakit kronik mungkin mereka tidak mampu bayar balik, namun peluang masih diberikan untuk mereka menjadualkan semula bayaran balik. Larian amal anjuran iM4U itu berjaya mengumpul RM200,000 yang akan diagihkan kepada empat badan amal iaitu Heart Foundation of Malaysia, Dyslexia Association of Malaysia, SVM Welfare Association dan Langkawi Animal Shelter and Sanctuary Foundation.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61193

Jadikan peringatan ini sebagai motivasi untuk korang bayar hutang PTPTN. Take it positif, jangan ambil negatif sebabnya bila kita think positif secara otomatik urusan kita nak setel hutang akan menjadi lebih mudah. Lebih kuat tentangan kita nak bayar maka kesudahannya hutang PTPTN korang mungkin tak akan setel sampai bila-bila sampai hari kiamat.

Klik sini —> Nak setel hutang PTPTN segera?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *