The art of positive thinking

Mat saleh kata positif thinking.

Kita kata bersangka baik.

Saya tulis ni sebab banyak kali terjumpa atau terdengar topik yang sama sebab tu datang ilham.

Sesungguhnya saya percaya ianya satu seni.

Ianya perlu latihan.

Sedangkan iman bukan diwarisi apatah lagi positive thinking. Jika skill dilatih pasti akan banyak beri kesan pada kehidupan kita sendiri.

Lawan kepada fikir positif ialah gossip yang selalunya hanya anggapan yang kurang baik.

Positive thinking ini sikap yang baik yang boleh menjaga hati kita dari kekotoran seterusnya keikhlasan dan iman.

Bila iman dan ikhlas datang hati akan menjadi tenang.

Hati jadi tidak tenang kerana ujud konflik dalam diri.

Jumpa orang depan dia kita senyum sapa elok tapi dibelakang kita umpat dia sebab dia baru naik pangkat.

Hati akan jadi tak tenang walaupun puas memburukkan orang tersebut.

Seelokya kita meraikan dengan ikhlas dan redha dengan ketentuan rezeki Allah.

Memang pada mulanya sukar dan perlu dilatih. Ia tak datang sendiri.

Tapi lama kelamaan akan terbiasa.

Bila fikir semula kita tidak rugi apa apa pun malah dapat pahala.

Berbanding jika kita umpat bahkan dapat dosa lagi sebahagian pahala kita akan ditransfer ke akaun bank pahala orang yang kita umpat.

Sukar jika kita hanya melihat pada yang zahir tanpa memikirkan sebab dan akibat dari sudut yang ghaib.

Amalkan hidup positif, fikiran positif dan hati positif pasti hidup lebih tenang dan menarik banyak perkara positif dalam memudahkan urusan harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *