Terima kasih pelawat blog

Sudi lagi rupanya orang melawat dan membaca blog ni …

walaupun trafik blog dah drop separuh.

walaupun takde yang nak komen-komen.

trafik tu tetap ada terus menerus walau sedikit jika nak dibanding dengan dulu-dulu.

Tak tahulah kenapa jadi macam gini.

Ada jugaklah try godek sana godek sini.

Tabur duit pun ada sket ingat nak melabur untuk trafik dan seo.

Nampaknya tak ada perubahan.

Takde pulak semak algorithm Google sebab yang ini leceh skit.

Ada juga dengar-dengar gosip Google tukar itu ini tapi sori tak ambik pot.

Yang penting update jelah apa yang mampu.

Idea usah citer lah memang putusss….

Dah lama stuck tak tahu nak tulis apa tapi yang nyata push saja.

Tulis apa sahaja yang termampu agar blog ni hayatnya dapat diteruskan.

Bukan senang nak teruskan hayat blog ni sebab nak perah otak habis-habisan.

Itulah dilema blogger.

Jangan berani berumah ditepi laut jika tak sanggup dipukul ombak.

Jiwa kena kental.

Kepala kena pusing.

Sapu apa yang sempat.

Tulis apa yang termampu.

Jangan dibiar blog yang berhabuk.

Nanti segan trafik nak lalu.

Silap haribulan mati pulak blog ni.

Memang adat kalau tak dipecah ruyung mana kan dapat sagunya.

Bukan senang nak senang.

Bukan juga susah nak susah.

Hidup segan tapi mati tak mahu.

Doa dah berkepuk, zikir dah tak larat,

Mulut kumat kamit, hati tetap terus merintih.

Ya Allah …bantulah aku.

Hanya Engkau sahaja yang memahami dan mampu mengembalikan keadaan yang dulu.

Peritnya usah cerita, memang tak larat nak tanggung.

Macam badan yang berat dibawa tak boleh nak tinggal.

Terbayang bagai orang bisnes yang menunggu laba masuk tak kunjung tiba.

Entah kan ada sesuap nasi untuk masuk ke perut.

Semuanya tawakal atas Allah.

Dia yang memberi rezeki.

Kita yang usaha bersungguh.

CUma caranya itulah samada betul atau salah.

Setiap penyakit ada penyembuh tapi kena cari dimana sembunyinya.

Maka Engkau sembuhkanlah blog ini.

Amin Ya Rabbal Al Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *