Teknik promosi klasik dan evergreen

Ini bukanlah teknik secret atau  wow.

Takde yang istimewa pun dan nampak biasa je.

Tapi ianya sangat berharga teknik ni.

Siapa yang tak mampu buat memang melingkup bisnes.

Bukan setakat bisnes malah apa pun tak boleh jadi.

Just imagine semangat tahi ayam nak buat sekali jadi lepas tu kalau tak jadi tinggal terus. Memang hampeh.

Sejak berkurun telah ada kepercayaan hendak berjaya mestilah jatuh dan bangun.

Seperti ada rules yang tak tertulis.

Ingat tak Thomas Edison?

Berapa kali buat mentol beribu kali gagal tetap buat sampailah satu hari dia berjaya.

Kolonel Sanders juga begitu.

Resipi ayam goreng tak laku penat dia menjelajah nak jual resipi dan entah berapa kali kena rejek ribu kali pun ada agaknya.

Sehinggalah satu hari dia decide sendiri nak jual ayam goreng.

Dalam banyak-banyak kegagalan tu tiba suatu masa KABOOM!

Viral!

Lihat sahaj hari ni mana-mana ada KFC malah platform ini dijadikan oleh Johor Corp untuk mengembangkan franchise KFC ke seluruh ASEAN dengan add value HALAL.

Mentol pula satu teknologi yang diguna sampai kini cuma teknologi lampu ni sekarang dah makin canggih ke LED dan sebagainya.

Satu yang jelas.

Teruskan promosi walaupun anda sedang suam suam kuku.

Takde hal. Teruskan.

Usaha sungguh-sungguh.

Doa pun jangan putus. Memang Poyo Tapi itulah dia. Allah nak lihat kesungguhan kita.

Akhirnya tawakal pada Allah.

Belum sampai rezeki juga?

Merayulah.

Next?

Menangislah sepuasnya depan Allah swt.

Next?

Sedekah.

Korban.

Wakaf.

Cari apa sahaja tips yang boleh buatkan Allah simpati.

Sampai bila ni?

Sampai dapat.

Itu je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *