Tak bayar zakat pendapatan sebab belum mampu?

Antara alasan orang tak mahu bayar zakat pendapatan ialah kerana merasakan mereka tidak mampu.

Ada juga yang tak bayar sebab tak tahu.

Golongan kedua walaupun masih ok tapi mereka sepatutnya kena ambil tahu.

Golongan pertama yang tahu tapi taknak bayar itu tak patut.

Mereka yang rasa tak mampu jadi tak mahu bayar zakat sebenarnya mereka tak ada rasa ingin nak berubah ke arah yang lebih baik.

Dan jika mereka berubah lebih baik pun mereka tak mahu bayar juga dan memberi alasan yang lain pula.

Dalam gaji kita ada hak orang lain sebab itu diwajibkan zakat.

Jika kita beri zakat walaupun kita bukan orang kaya ini menunjukkan bahawa kita ini bersyukur dengan rezeki yang sedikit.

Ini yang Allah nak lihat sebenarnya.

Tidak mahu zakat menunjukkan kita tidak bersyukur.

Ada orang yang lebih susah dari kita. Kita wajib bersyukur.

Kita bersyukur Allah akan beri lebih lagi.

Bila kita berzakat maksudnya kita nak berubah.

Pasti Allah akan beri kita kehidupan yang lebih baik lagi.

Amin.

Klik sini —> Nak rezeki lebih?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *