Posts Tagged ‘blog’
Bisnes guna blogspot
Sunday, April 8th, 2012Pada pendapat saya ada beberapa cara tujuan ini dapat dicapai. Ianya samada:
1. Guna blogspot sedanya dengan membuat blog post untuk promosi samada produk fizikal atau ebook
2. Upload template shopping cart agar ianya nampak seperti sebuah laman jualan dan tak nampak seperti sebuah blog
3. Jadikan blogspot seperti sebuah minisite agar nampak sikit profesional.
4. Buat blogspot sebagai landing page untuk pelanggan klik dan buat pembelian.
Jika dilihat kesemuanya perlukan satu anchor untuk menarik trafik dan bawa ke site bisnes blogspot anda. Kecuali no. 1 yang mungkin mampu untuk berdiri sendiri dengan construction yang betul namun yang lain-lain perlukan satu media lain untuk menarik trafik ke site bisnes blogspot anda.
Cara – cara antaranya yang boleh di praktikkan adalah buat artikel dan submit ke article directory, buat signature di laman forum, post link di facebook, dan pelbagai lagi.
Tutorial Cara FTP
Thursday, March 15th, 2012Tutorial cara FTP adalah sangat banyak boleh didapati dalam bentuk video jika anda layari laman video Youtube. Saya cuba mengumpulkan seberapa banyak video yang mungkin dan embed dalam blog saya yag tidak seberapa ini. Malah semua video yang saya kumpul dalam blog ini merupakan video orang lain yang saya embed secara percuma sahaja.
Jadi sebenarnya kita tidak ada alasan untuk mengatakan tidak ada maklumat dan tidak boleh buat. Saya sendiri juga banyak belajar dari laman video Youtube untuk tutorial cara FTP untuk melihat secara praktikal cara guna FTP.
Walaubagaimanapun, tidak semua orang suka tengok video. Pertama kerana kadang video tu nak load ambil masa dan lambat. Kedua, video tutorial yang dibuat terlalu panjang dan meleret menjadikan ianya bosan untuk ditonton. Ketiga, cara penyampaian yang kurang ummppph sehinggakan lepas seminit menonton kita dah masuk fasa menguap dan pelbagai alasan lagi.
Macam saya juga, walau dah tengok video percuma masih nak baca ebook jika ada perkara yang kita mudah lupa nak rujuk semula. Sebab itulah saya simpan senaskah ebook cara guna FTP.
Terpulang kepada cara masing-masing untuk memilih medium pembelajara yang sesuai bagi mereka. Yang penting kita dapat belajar dan mencapai tujuan yang dihajati dengan sempurna.




