Syarat untuk berjaya

Tips simple je ni.

Ada dua amalan yang selalu di beritahu dalam Al Quran dan dinyatakan bersama.

Nak tahu apa dia amalan tu?

Semua orang pun tau.

Solat dan zakat.

Nampak mudah je tak ada surprise langsung!

Nanti dulu…

Ini orang kata batu asas nak berjaya.

Kalau ini pun tak boleh buat memang sukar nak naik terus ke atas.

Tiada kekuatan ibarat istana pasir sekali bah memang boleh roboh dibuatnya.

Ramai pun orang berjaya tapi tak solat dan tak zakat.

Tapi itu ke yang kita mahu?

Kejayaan yang tiada keberkatan ibarat padi kosong.

Macam sekam padi.

Pokoknya subur menghijau, padinya nampak keemasan.

Namun isinya kosong – tiada beras kat dalam.

Ramai orang target nak berjaya.

Nak kaya.

Nak macam-macam.

Tapi tak tahu macam mana.

Artikel ini akan terangkan secara ringkas macamana nak berjaya.

Hari-hari fokus pada satu ini saja.

Tak payah pening-pening fikir target boleh capa ke tidak.

Yang penting letak target dulu kemudian hari-hari fokus pada tips ini.

Tips yang pertama – solat.

Solat ini maksudnya apabila terdengat azan terus siap sedia untuk solat.

Dahulukan solat berbanding urusan kerja yang banyak sampai kiamat pun belum tentu kerja kita akan stop.

Falsafah disebalik solat tepat waktu ini ialah tiada yang lebih penting dari mengadap Maha Pencipta berbanding mengikut arahan bos dipejabat.

Tapi ini bukan bermakna kita boleh peleceh kerja kat pejabat tak payah buat pun tak apa.

Sebabnya kerja kita juga adalah sebahabgian dari ibadah cuma ia perlu diletakkan ditempat yang betul.

Janganlah kerja sampai tak ingat Allah swt pula ini jadikan kerja kita itu sia-sia je.

Alangkah eloknya jika kita kerja secara amanah dan kemudian berhenti kerja apabila waktu solat. Setelah usai solat sambunglah semula dengan kerja tu.Dengan cara ini kita perolehi pahala optimum dari kedua-dua amalan.

Solat tepat waktu akan memudahkan banyak urusan boleh diselsaikan dengan mudah dan kurang ganggun

Kita jaga amalan Alla swt secara timbal balik, Allah swt yang Maha Pemurah membalas balik dengan memudahkan dan melicinkan urusan kita.

Sebaliknya apabila kita solat lewat hanya sebab alasan nak siap kerja kejar deadlina kita akan dapati banyak halangan akan timbul untuk siapkan kerja tersebut dengan makna kata lain kerja kita tambah sukar nak diselesaikan.

Jadi jika nak berjaya bodeklah Allah swt dulu bukan bodek boss dulu.

Ingat.

Fokus setiap hari.

Setiap lima waktu.

Lepas azan terus solat.

Subuh.

Zuhur.

Asar.

Maghrib.

Isyak.

Azan.

Terus solat.

Istiqomah.

Tips kedua – zakat.

Yang nak sentuh ni sikit pasal zakat pendapatan dan zakat perniagaan.

Zakat fitrah ni ramai yang dah tau dan ramai dah praktik bayar.

Sama macam solat.

Dapat income terus zakat.

Duit masuk.

Terus zakat.

Ada orang kata income ciput nak zakat amenda?

Silap.

Sebenarnya asbab zakat tu lah Allah swt tambah rezeki kita.

Rezeki yang turun dari kita sebenarnya ada maksud.

Kita ini hanya jadi laluan rezeki untuk menyalurkan rezeki itu kepada yang berhak.

Sebab itu rezeki tu turun pada kita.

Kalau kita anggap semua rezeki tu milik kita maka tak ada sebablah rezeki nak turun.

Itulah hakikat rezeki yang semua orang patut faham.

Allah swt mahu kita beri sebab jika Dia turunkan rezeki pada kita ke mana wang itu nak disalurkan kemudian.

Nak enjoy atau nak bantu agama (dalam pelbagai cara)?

Tepuk dada tanya iman.

Nak Berjaya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *