Susahnya menabung – baca tips ini

Tips Jimat

Sangat di akui memang susah nak menabung duit ni epsecially bagi mereka yang tak pernah buat. Mula-mula memang susah tapi bila dah terbiasa dia akan jadi lebih mudah. Nak mula menabung duit biarlah mulakan dengan praktis yang mudah-mudah je dulu.

Mungkin kita selalu fikir gaji je pun cukup-cukup mana lagi nak korek kalau nak menabung. Kalau kita ada mindset macam ni memang sampai bila pun tak menabung duit. Kita tukar dari mindset tak bersyukur kepada mindset melimpah-ruah.

Mindset tak bersyukur ialah mindset yang selalu fikir tak cukup. So, kena ubah kepada mindset memberi nak memberi signal bahawa kita ada lebih dan mencukupi untuk diberi kepada orang lain. Tapi nak buat ini perlu ada balance. Memberi pada orang lain (sedekah) dan beri juga pada diri sendiri (menabung duit). Mulakan dengan yang sedikit ikut kemampuan sahaja. Jangan tak buat langsung.

Baca tips ini dan amal mana yang berkenan je:

1. Menabung duit syiling. Setiap dapat syiling simpan terus dalam tabung. Hanya gunakan wang ringgit-ringgit je bila nak membeli.

2. Boleh juga menabung secara terpilih contohnya simpan duit seringgit-seringgit je. Jumpa duit seringgit je simpan. Jumpa lagi duit seringgit simpan.

3. Atau buat hobi simpan duit hijau. Nampak duit lima ringgit je simpan.

4. Guna tong susu tepung anak buat tabung. Boleh juga beli tabung kat kedai dua ringgit. Letak tabung merata dalam rumah, kat ofis supaya mudah nak capai takut terlupa. Bila nampak tabung, hulurlah ikut rules tertentu yang kita dah tentukan kat atas. Simpan mana yang mampu. Jangan simpan semua nanti nak makan apa? haha..

5. Banyak lagi idea yang anda boleh fikir. Potong gaji duit masuk tabung haji.

6. Beli sijil premium setiap bulan walaupun sepuluh ringgit je. Nasib baik boleh menang BMW.

Ada banyak lagi yang boleh anda cari cara nak mudah menabung supaya ianya menarik dan tidak memboringkan. Yang paling penting anda akan dapat faedahnya pada masa akan datang.

2 thoughts on “Susahnya menabung – baca tips ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *