Strategi ayat softselling ialah menjual dengan tanpa menjual

Strategi Menjual Tanpa Menjual.

Ramai yang menjual dengan cara Hard Selling.

Sebenarnya cara hard selling ni bukan saja susah nak menjual, lagi la menyebabkan orang lain “ban” atau “unfren anda”.

Jadi, the best idea ialah anda create ayat menjual tanpa nampak pun anda sedang menjual (softselling).

Faham ke faham?

Semua bisnes mesti nak jual.

Tapi bayangkan jika kita nampak salesman dari jauh pun kita dah cari jalan nak elak.

Atau bila ada orang call kita kenal no dia naik kat skrin memang la otomatik kita tak angkat.

Itulah malasnya kita nak layan orang yang asyik nak jual.

Jadi apakata tukar strategi.

Jual mahal sket.

Apa yang kita buat hanyalah rekomen sahaja.

Cerita pasal produk dan beritahu testimoni power-power skit yang mana kastemer terdahulu puji produk tu.

Elakkan kita yang up up dan lepas tu suruh beli.

Tunjukkan produk dan tonjokkan kelebihan produk.

Jangan guna ayat hard sell. Nyampah orang baca nanti.

Promosikan dalam bentuk cerita macam kita cerita dengan kawan-kawan.

Dengan cara ini kita buat promosi indirectly.

Sebabnya jika orang minat pasti dia termakan tektik kita tu.

Katakan kita jual vitamin.

Ambil gambar dan lepas tu bagitau kita ambil suplemen tersebut setiap hari pukul 8 kerana ianya boleh mengurangkan keletihan (contoh).

Jadi setiap hari pada pukul 8 buat posting yang sama tapi dari angle berlainan.

Pada waktu lain mungkin ada kastemer yang share hasil dari makan suplemen. Kita pun buat screenshot dan bagitau – alhamdulillah seorang kastimer baru buat pengakuan dan send wassap pada anda.

Boleh juga post pasal ada orang order dan parcel dah sampai – ambil gambar dan post.

Macam itulah dan jangan letak statement menekan orang untuk beli.

Tapi cerita…cerita … dan cerita tanpa jemu…lama-lama orang akan perasan.

Jangan tekejut kalu tiba-tiba terima pm kata nak beli 10 botol!!!

Klik sini —> Nak menjual di FB tanpa nampak menjual sangat…MALU lah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *